File PDF document soalan-28.pdf
Soalan 28. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah komitmen dan tindakan Kerajaan dalam kes kematian Teoh Beng Hock sesudah Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa mendiang telah dibunuh semasa disiasat dalam pejabat SPRM.
File PDF document soalan-27.pdf
Soalan 27. Dato Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan: (a) pencapaian Kementerian sehingga sekarang dalam usaha membantu golongan miskin; dan (b) jumlah penerima pelbagai bantuan kementerian mengikut Parlimen sehingga kini.
File PDF document Soalan 24
Soalan 24. Y.B. TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Khazanah Nasional Bhd akan mendapatkan dana sebanyak RM6 bilion untuk menstrukturkan semula Penerbangan Malaysia (MAS) dan adakah Khazanah akan mengeluarkan bon. jika ya, apakah kadar kupon dan kuantiti bon yang akan dikeluarkan.
File PDF document soalan-23.pdf
Soalan 23. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN [ KENINGAU ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah siri nombor kad pengenalan penduduk negeri Sabah diberi siri nombor selain dari 12, seperti 49 dan 13, walhal mereka ini dilahirkan di negeri Sabah.
File PDF document soalan-22.pdf
Soalan 22. YB LAKSAMANA PERTAMA MOHAMAD IMRAN BIN ABO HAMID (B) [LUMUT] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menyediakan peruntukan kepada Pertubuhan Penyakit LISOSOMAL Malaysia bagi menguruskan 23 orang pesakit diberi dalam Bajet 2015 sebagai tanda Kerajaan tidak mengabaikan mereka dan keluarga.
File PDF document soalan-19.pdf
Soalan 19. YB. DATUK JOHARI ABDUL GHANI [TITIWANGSA] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan dalam laporan akhbar baru-baru ini, melaporkan sebanyak 4.27 bilion liter air terawat hilang setiap hari akibat saluran paip pecah, usang dan rosak. Malah dalam laporan 2013 pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga, menunjukkan peningkatan Non-Revenue Water (NRW) dari 36.4o/o pada 2012 kepada 36.6o/o, berikutan faktor yang sama. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan jumlah NRW.
File PDF document soalan-21.pdf
Soalan 21. VB Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa klinik kesihatan di pekan Lubok Antu amatlah uzur dan perlu diganti dengan klinik kesihatan baru seperti yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan Pilihan Raya Umum ke-13 ke kawasan Parlimen Lubok Antu bagi memastikan Lubok Antu akan mendapat klinik kesihatan jenis 3 dibina.
File PDF document soalan-18.pdf
Soalan 18. YB Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan hasil dan keberkesanan pelepasan nyamuk jantan GE, Aedes aegypti (OX513A) memandangkan jumlah kes denggi semakin meningkat.
File PDF document soalan-17.pdf
Soalan 17. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik pelajar lepasan sekolah mendapat peluang pekerjaan dalam bidang sukan. sukan yang tidak mendapat peluang pekerjaan dalam bidang sukan.
File PDF document soalan-16.pdf
Soalan 16. Tuan Sim Tong Him minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan: a) Peratusan keperluan harian hasil tangkapan laut yang masih perlu diimport; dan b) Anggaran kos perlu ditanggung dan apakah usaha-usaha yang Kementerian untuk diambil oleh mengurangkan tanggungan ini.
File PDF document soalan-15.pdf
Soalan 15. Y.B. DATo• SRI AZALINA BINTI DATo• OTHMAN SAID [ PENGERANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan mengenai dakwaan yang menyatakan bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung Kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.
File PDF document soalan-14.pdf
Soalan 14. Y.B. TUAN NGA KOR MING [ TAIPING] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan demi memupuk masyarakat madani dan intelek, sama ada bahan bacaan, buku, surat khabar dan buku kerja sekolah dapat dikecualikan daripada pembayaran cukai GST.
File PDF document soalan-13.pdf
Soalan 13. Dato' Othman bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan situasi terkini masalah kekurangan ikan yang dikhabarkan lebih banyak dijual kepada nelayan asing dan sejauh manakah kawalan pendaratan ikan mampu dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.
File PDF document soalan-12.pdf
Soalan 12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan segera yang boleh diberikan kepada golongan wanita yang baru kematian suami dan mereka juga tiada pekerjaan serta menanggung anak yang ramai.
File PDF document soalan-11.pdf
Soalan 11. Y.B. TUAN ANUAR BIN ABD. MANAP [ SEKIJANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah tarikh akhir bagi pihak Kementerian untuk memuktamadkan senarai barangan yang akan dikecualikan daripada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST.
File PDF document Soalan-10.pdf
Soalan 10. TUAN ZAIRIL KHIR JOHARI [ BUKIT BENDERA] minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan SPRM terhadap aduan-aduan mengenai dakwaan penyelewengan kewangan dan penyalahgunaan kuasa dalam Zoo Negara
File PDF document soalan-29&30.pdf
Soalan 29. Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah terdapat sesuatu rangka kerja di antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia yang dapat memastikan penawaran bidang yang ditawarkan oleh IPTA dan IPTS selaras dengan permintaan majikan di kedua-dua sektor swasta dan bukan swasta. Soalan 30. YB Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan penambahbaikan perkhidmatan KTMB yang semakin merudum prestasi pengurusannya menyebabkan masalah seperti landasan Gua Musang - Temerloh diarahkan tutup. Apakah SPAD telah mengambil dasar untuk memberi keutamaan kepada bentuk pengangkutan awam lain seperti bas, kapal terbang dan kereta api laju, lantas tidak lagi melaburkan modal dalam perkhidmatan KTMB.
File PDF document soalan-0-intro&7&Q8.pdf
Soalan 7. Y.B. DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [ TASEK GELUGOR ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) sila perincikan berapa banyakkah IPTS yang telah diberi lesen beroperasi sehingga Jun 2014 dan berapa pula yang telah ditamatkan lesen kerana gagal beroperasi; dan (b) apakah punca kegagalan IPTS yang ditamatkan operasinya, apakah langkah yang dicadangkan oleh Kerajaan dalam mempertahankan industri ini daripada mencemarkan industri pendidikan negara. Soalan 8.
File PDF document soalan-9.pdf
Soalan 9. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perkembangan terkini perlaksanaan penurunan kuasa sebanyak RM5 juta kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
File PDF document soalan-8.pdf
Question 8. Tuan Su Keong Siong minta Menteri Luar Negeri menyatakan bila Kerajaan akan mengambil langkah untuk membawa ratifikasi "ratification" ke atas Perjanjian "Arms Trade Treaty" yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada 26 September 2013.