-
soalan-45.pdf
-
YB DR. KO CHUNG SENG (KAMPAR)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :
(a) bilangan bekas tentera tidak berpencen yang telah
menerima bayaran Sumbangan Veteran Tidak
Berpencen 1 Malaysia (SVTBIM) sebanyak RM1 ,000
pada tahun 2013; dan
(b) apakah status baki daripada dana RM224 juta yang
diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
-
soalan-44.pdf
-
Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah kerajaan tidak konsisten dalam memilih dan
membuat tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 apabila
melibatkan individu-individu yang mengeluarkan komen sensitif dalam
Iaman web. Apakah penentuan seksyen diputuskan mengikut cita
rasa pendakwa raya ataupun mempunyai motif politik tertentu
terhadap tertuduh.
-
soalan-43.pdf
-
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah pelanggaran hak pekerja yang biasa berlaku ke
atas pekerja-pekerja asing di negara ini. Apakah peruntukan undang-
undang atau perlindungan-perlindungan untuk menjamin kepentingan
dan melindungi hak mereka jika timbul aduan mengenai
penganiayaan atau salah layanan oleh majikan mereka.
-
soalan-42.pdf
-
soalan-39_1439372462.pdf
-
soalan-39.pdf
-
YB. TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [KLANG]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
kesudian Kementerian untuk "declassify" perjanjian antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai penstrukturan
industri air di negeri tersebut.
-
soalan-38.pdf
-
Dato Fauzi bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah
Kementerian bersedia untuk menzahirkan pusat jagaan bagi membantu
warga emas yang tiada zuriat atau keturunan yang mampu menjaganya.
Adakah Kementerian bersedia membiayai pusat jagaan swasta sedia ada
bagi meringankan beban kewangan mereka.
-
soalan-36&37.pdf
-
Soalan 36. Tuan lgnatious Dorell Leiking
[Penampang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan:
(a) perincian bilangan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah,
dan
(b) tindakan pihak Kementerian dalam menangani isu pendatang
asing tanpa izin di Sabah yang semakin meruncing.
Soalan 37. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada
kutipan VEP (Permit Kemasukan Kenderaan) di Johor, bila dilaksanakan akan diagihkan
sebanyak 50 dan 70 peratus hasilnya kepada kerajaan negeri Johor
untuk pembangunan rakyat negeri Johor.
-
soalan-35.pdf
-
Y.B. TUAN MANIVANAN A/L GOWINDASAMY [ KAPAR ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) bilangan dan nilai aset tenaga yang dimiliki oleh 1Malaysia
Development Bhd (lMDB) masing-masing di dalam dan luar negara; serta
menjelaskan mengenai bilangan dan nilai kontrak yang berkaitan dengan
penjanaan kuasa yang dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia kepada
lMDB; dan
b) terangkan secara terperinci bagaimanakah lMDB yang memainkan
peranan sebagai sumber dana mewakili kekayaan Negara mempunyai
hutang terkumpul kira-kira RM38 bilion selepas hanya lima tahun
beroperasi.
-
soalan-33&34.pdf
-
Soalan 33. YB DATUK HAJI SHAHBUDIN BIN YAHAYA
(TASEK GELUGOR) Minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan jumlah aset
hartanah seperti kern tentera dan lapangan terbang TUDM
yang telah dicadang atau diluluskan untuk dibangunkan
sebagai projek komersil. Sila perincikan.
Soalan 34. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah MAS bercadang untuk
menghentikan penjualan arak dan seragam baru di dalam pesawat.
-
soalan-32.pdf
-
YB. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian
menyediakan penerangan atau syarat-syarat tertentu kepada pelancong
asing agar mereka mesti menjaga ketenteraman dan kesopanan di dalam
negara.
-
soalan-31.pdf
-
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa banyakkah
perbelanjaan untuk mengurangkan banjir di kawasan Kuala Lumpur
semenjak tiga tahun yang lalu. Adakah pihak kementerian menjalankan
tinjauan berkesan terhadap perbelanjaan untuk mengurangkan banjir.
-
soalan-28,29&30.pdf
-
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta
Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan
(b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan
sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat.
Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan
program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas.
Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab
sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di
Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan
(b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk
menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan
sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak
berulang lagi.
-
soalan-27.pdf
-
Dato' Haji lrmohizam bin Haji Ibrahim
minta MENTERI INDUSTRI ASAS PERTANIAN
TANI DAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan
aktiviti bom ikan seperti yang berlaku di
perairan Semporna di mana dua bot pam
ditahan dan mendapati suspek menggunakan bahan
letupan untuk menangkap ikan basah.
-
soalan-26.pdf
-
Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah benar dimansuhkan dan sekiranya benar bila.
-
soalan-25.pdf
-
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman
minta MENTERI INDUSTRI ASAS PERTANIAN
TANI DAN menyatakan adakah terdapat perancangan Kementerian
untuk membenarkan syarikat tempatan dan
syarikat luar negara bekerjasama secara
terus_apabila kriteria yang ketat dikenakan
untuk permit vesel laut dalam kepada
syarikat tempatan yang berminat untuk
menggunakan khidmat vesel milik asing
memandangkan harga kos yang agak tinggi
untuk syarikat tempatan memiliki kapalkapal besar untuk perikanan laut dalam.
-
soalan-24.pdf
-
YB Dato' Mohd ldris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan mengapa Klinik Kesihatan Rengit dibina pada
1956, yang sudah terlalu uzur, sempit dan tidak selesa, serta
menyediakan perkhidmatan yang terbatas masih belum dibina semula.
Bila pembangunan klinik yang baru akan dimulakan dan bila pula
dijangka siap. Sesuai dengan keperluan lebih 40,000 penduduk sekitar
apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang bakal disediakan.
-
soalan-23.pdf
-
YB Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan dapatkah Kerajaan membuat kajian untuk
kemudahan dan pembangunan industri menggunakan tenaga gas di
daerah-daerah terpencil di Sarawak dengan adanya kemudahan "T"
yang disediakan untuk menyalurkan gas ke daerah-daerah di Sarawak
yang dilintasi saluran gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak
khususnya Lawas, Limbang dan Baram agar tidak ketinggalan
pembangunannya dari segi perindustrian.
ketinggalan
-
soalan-22.pdf
-
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta MENTERI
SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan
kerajaan berikutan Mahkamah Indonesia menyabitkan kesalahan dua
pegawai mewakili syarikat milik Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK)
atas kelalaian dan pencemaran jerebu besar-besaran yang
mempengaruhi jutaan rakyat Indonesia, Malaysia dan Singapura antara
Jun hingga Ogos 2013.
-
soalan-21.pdf
-
Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diambil
terhadap dalang yang cuba menyebarkan propaganda menghasut
rakyat Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan untuk membawa
Sabah keluar dari Malaysia.