-
soalan-46.pdf
-
YB DATO' IR HAJI NAWAWI BIN AHMAD minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa
jumlah peningkatan perdagangan dan pelaburan dari ASEAN bagi tahun
2012-2013 dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak
Kementerian bagi mengekalkan atau meningkatkan jumlah tersebut.
-
soalan-45.pdf
-
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Ops
Qaseh dan bagaimana operasi ini telah membantu mengurangkan masalah
gelandangan di negara ini.
-
soalan-44.pdf
-
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini adakah kes
wanita yang ditipu untuk menjadi keldai dadah (drug mule) dapat
dikurangkan oleh Kementerian dan apakah langkah Kementerian
untuk membendung masalah ini sama ada yang melibatkan dalam
negeri dan di luar negara.
-
soalan-43.pdf
-
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan kenapakah gejala judi haram serta pelacuran
semakin buruk di kawasan Kuching serta kawasan/bandar di sekitar
sehingga umpama tiada keberkesanan oleh pihak penguat kuasa.
Adakah wujudnya elemen rasuah yang menjadi halangan terhadap
keberkesanan dalam perlaksanaan.
-
soalan-42.pdf
-
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab Syarikat 1Malaysia
Development Bhd. membatalkan pinjaman kepada lMDB-Petrosaud i
International yang memberikan pulangan terjamin sebanyak 8.67% dan
melabur sebanyak US$2.32 bilion di sebuah dana Cayman Islands yang
hanya memberikan pulangan 5. 76%, walaupun cost of fund bagi lMDB
melebihi 5. 75% seta hun.
-
soalan-41.pdf
-
TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan bilakah kajian-kajian mengenai TPPA termasuk kos-faedah dapat
dikeluarkan demi kepentingan ketelusan (transparency) dan penelitian
umum
-
soalan-39&40.pdf
-
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah syarat-syarat pelantikan Pengetua-pengetua
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan' dan sama ada kemahiran
Bahasa Mandarin diwajibkan untuk pelantikan Pengetua SMJ K Cina.
Soalan 40. Laksamana Pertama Mohamad lmran bin Abd Hamid (B) [Lumut]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bahawa bila MAS
akan berhenti menghidang minuman keras dalam penerbangan dan
di VIP Lounge dan memastikan paramugarinya berpakaian menutup
aurat serta memakai tudung bagi yang beragama Islam.
-
soalan-37&38.pdf
-
Soalan 37. YB. Dr. Haji lzani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ) minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah
usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha
mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang
mesti dikunjungi.
Soalam 38. DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kementerian bersedia untuk membuat penurunan
kuasa (empowerment) yang ketara dan menyeluruh di dalam pentadbiran
Negara untuk meningkatkan kecepatan penyampaian perkhidmatan
seperti : penurunan belanjawan ke unit yang paling bawah seperti JKKK,
dan penurunan kuasa kepada negeri dan daerah bagi pelaksanaan
. pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur.
-
soalan-36.pdf
-
YB. DATO' NORAINI BINTI AHMAD minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
penambahbaikan yang akan dilaksanakan di bawah rundingan
kerjasama komprehensif ekonomi serantau (RCEP) berbanding
dengan perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada dengan
ASEAN serta rakan dialog ASEAN.
-
soalan-34&35.pdf
-
Soalan 34. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilarigan Sekolah Wawasan yang
telah diwujudkan mengikut negeri dan sejauh manakah Sekolah
Wawasan ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk
mewujudkan sistem persekolahan berteraskan konsep perpaduan serta
adakah Kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi Sekolah
Wawasan sebagai usaha untuk mewujudkan integrasi nasional dan
melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Soalan 35. Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan sejauh manakah perancangan Kementerian untuk
melaksanakan pembangunan perumahan di tanah-tanah Kerajaan
di Parlimen Pengerang dengan harga terkawal serta menetapkan kuota
Bumiputera dimana langkah ini adalah penyelesaian kepada keperluan
perumahan yang mendesak akibat kemasukan tenaga pekerja yang tinggi.
-
soalan-32&33.pdf
-
Soalan 32. YB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT] Minta
MENTERI ENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
menyatakan bilakah Imbalance Cost Pass Through (ICPT) akan
dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.
Soalan 33. PUAN KASTHURIRAANI A/P PATTO [ BATU KAWAN ]
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
menyatakan hasrat Kerajaan untuk
menyerap masuk pelajar dari etnik lain ke dalam MARA
dan jika tidak adakah Kerajaan akan menubuhkan satu
agensi seperti MARA bagi pelajar-pelajar dan rakyat
Malaysia dari latar belakang etnik yang lain.
-
soalan-31.pdf
-
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan secara terperinci mengenai usaha Kerajaan untuk
mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination
Certificate/UEC) serta bilakah ia akan diiktiraf sepenuhnya.
-
soalan-28,29&30.pdf
-
Soalan 28. YB Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah hospital yang dalam urusan
pengoperasian mereka mengamalkan tuntutan syari'e (syariah
compliance) mengikut pecahan negeri di seluruh negara.
Soalan 29. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah wujud badan yang berfungsi untuk
mengawal selia sekolah memandu di seluruh Malaysia. Jika tiada, adakah
Kementerian bercadang untuk mewujudkannya.
Soalan 30. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kekosongan jawatan dalam PDRM setiap
tahun dari 2008 hingga kini di setiap negeri dan di Sibu dan apakah cara
yang telah diambil untuk mengatasi masalah kekosongan tersebut.
-
soalan-25&26.pdf
-
Soalan 25. Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil
oleh Kementerian Pendidikan untuk ; memperkasakan Sekolah
Kebangsaan agar semua kaum memilih sekolah kebangsaan sebagai
pilihan pertama untuk menghantar anak-anak mereka.
Soalan 26. Y.B. TUAN TAN KOK WAI [ CHERAS ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan kedudukan semasa hal ehwal semua insinerator sedia
ada di negara ini. Adakah cadangan projek-projek insinerator di
Kuala Lumpur, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan
dilaksanakan. Jika ya, nyatakan kemajuannya
-
soalan-24.pdf
-
YB. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah kerajaan
akan membetulkan fakta sejarah iaitu hari 31 Ogos 1957 merupakan hari
kemerdekaan bagi Persekutuan Malaya, 16 September 1963 adalah
merupakan Hari Kebangsaan Malaysia.
-
soalan-23.pdf
-
Tuan Nogeh anak Gumbek [ Mas Gading 1 minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk
membina sebuah sekolah menengah di kawasan Jagoi, Bau. '
-
soalan-22.pdf
-
TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-
(a) berikutan terdapat berapa buah syarikat diberi kuasa untuk
mengutip dan mengeluarkan lesen "Public Performance" nyatakan skop
dan definisi" Public Performance" lesen ini; dan
(b) adakah syarikat-syarikat ini diberi kuasa untuk menjalankan
penguatkuasaan seperti mengeluarkan saman atau merampas barangan.
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah bilangan
kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan
berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.
Soalan 21. Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah menaik taraf
Pelabuhan Sandakan seiring dengan penambahan kegiatan ekonomi
termasuk pembangunan industri hiliran kelapa sawit di Klaster lndustri
Kelapa Sawit (Palm Oil Industrial Cluster, POIC) di Sandakan:-
-
soalan-19.pdf
-
Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED [ PULAI ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada kenyataan lnstitut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia (MIER) bahawa hutang negara sudah melebihi paras
siling 55 peratus baru-baru ini, benar dan berapakah sebenarnya jumlah
hutang negara serta apakah usaha Kerajaan bagi mengurangkan hutang
negara.
-
soalan-18.pdf
-
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :
(a) dari tahun 2000 hingga 2014, bilangan pelajar menduduki STPM
setiap tahun; dan
(b) bilangan pelajar STPM yang mendapat keputusan cemerlang iaitu
PNGKICGPA 4.0 sejak tahun 2000 hingga 2014 setiap tahun.