File PDF document soalan-17.pdf
Tan Sri Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kemajuan projek Pembangunan Rancangan Jelapang Padi (IADA) di Rompin agar ianya dijadikan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat khususnya dalam bidang sektor makanan.
File PDF document soalan-16.pdf
Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin [ Kuala Nerus ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.
File PDF document soalan-13&14.pdf
Soalan 13. Datuk MadiusTangau [Tuaran] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan kepada Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan apabila dilaksanakan nyatakan agihan kepada setiap negeri sejak AIM ditubuhkan serta keberkesanannya dalam pembasmian kemiskinan. Soalan 14. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada usaha TalentCorp yang dilancarkan pada tahun 2011 telahpun berjaya dan sekiranya tidak, nyatakan alasan-alasannya.
File PDF document soalan-15.pdf
Y.B. TUAN KHOO SEANG [ TERBAU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan syarat-syarat pinjaman perumahan yang semakin ketat sehingga ramai bakal pembeli rumah tidak berjaya mendapat pinjaman dari bank-bank. Apakah kesannya terhadap usaha Kerajaan membantu rakyat jelata memiliki rumah masingmasing serta terhadap industri perumahan sendiri dan ekonomi Negara amnya.
File PDF document soalan-12.pdf
TUAN M. KULASEGARAN minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan sebahagian daripada RM1 00 juta akan digunakan untuk menjalankan latihan kemahiran kepada belia India. Berapakah peruntukan yang diagihkan untuk tujuan tersebut. Siapakah yang memantau pencapaian tersebut dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan tersebut?
File PDF document soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka sebagai pelajar Pra Universiti. Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30 September 2014. Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut. Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan i (b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card. Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE) kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
File PDF document soalan-27.pdf
Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sedar, ramai orang tidak berpuas hati dengan cara agihan wang zakat, bagaimanakah cara agihan wang kutipan zakat dibuat. Dan siapakah di antara kumpulan masyarakat yang telah menerima bantuan zakat.
File PDF document soalan-55.pdf
YB Dato Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan hospital yang terlibat dengan industri pelancongan perubatan serta jumlah pendapatan yang dijanakan di Pulau Pinang semenjak industri ini diperkenalkan di negeri tersebut.
File PDF document soalan-53&54.pdf
Soalan 53. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- a) dari tahun 2000 hingga 2014 bilangan pelajar yang layak (memenuhi kelayakan minimum) memasuki IPTA setiap tahun; dan b) sebab-sebab 50 peratus daripada pelajar-pelajar yang layak memohon kursus IPTA pada tahun 20114 tidak ditawarkan tempat. Soalan 54. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengatasi budaya rakyat yang tidak hormat terhadap anggota polis di samping tidak memberi kerjasama terhadap pihak polis yang sedang menjalankan tugas.
File PDF document soalan-51&52.pdf
Soalan 51. YB. TUAN ER TECK HWA minta MENTER! PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah perdagangan secara langsung atau tidak di antara Malaysia dan Israel dari 1996 sehingga kini. Senaraikan syarikat terlibat, jenis produk dan nilai dagangan. Apakah tindakan Kerajaan terhadap syarikat yang mengambil komponen dari Israel walaupun mempunyai sumber dari negara lain. Soalan 52. DATO' DR. MUJAHID YUSOF RAWA[ PARIT BUNTAR- PAS] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang memberikan peruntukan kepada persatuan-persatuan seni mempertahankan diri seperti silat, tomoi, silambam yang terdapat banyak di kawasan luar bandar. Apakah syaratnya jika ia boleh memberikan peruntukan.
File PDF document soalan-49&50.pdf
Soalam 49. YB TUAN WILSON UGAK KUMBONG [ HULU RAJANG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan: a. sama ada Kerajaan bercadang untuk membesarkan fasiliti Hospital Kerajaan di Kapit untuk menampung jumlah pesakit yang kian meningkat; dan b. menangani kesesakan tempat letak kereta dan kekurangan wad di Hospital Umum Kuching. Soalam 50. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan wang rasuah melebihi RM1 juta.
File PDF document soalan-48.pdf
Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah [JASIN] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global dan apakah hasil atau kejayaan yang telah di capai setakat ini dari segi sumbangan kepada peningkatan pelaburan dan pembangunan industri.
File PDF document soalan-47.pdf
Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH [ KALABAKAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a. siapakah kontraktor pembekal makanan kepada Syarikat Penerbangan Malaysia MAS dan apakah kaedahnya; dan b. berapakah kos makanan untuk satu penumpang yang dibekalkan untuk kelas ekonomi, business dan kelas pertama.
File PDF document soalan-46.pdf
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bagaimanakah proses bajet DBKL 2015 dibuat dan adakah Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam proses ini.
File PDF document soalan-45.pdf
Dato' Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menghapuskan Akta Hasutan dan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
File PDF document soalan-44.pdf
YB Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) apakah perkembangan dan status terkini (dari 1 Jun 2014 sehingga 15 September 2014) pembinaan hospital di Parlimen Kapar dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan bermulanya pembinaan hospital di Parlimen Kapar; dan (b) apakah perkembangan penambahbaikan Klinik dan status Kesihatan terkini Kapar mengenai Baru yang proses akan menggantikan Klinik Kesihatan Lama di bawah RP3, RMK-10, dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan bermulanya proses penambahbaikan Klinik Kesihatan Kapar Baru ini.
File PDF document soalan-43.pdf
Y.B. DATUK KOH NAI KWONG minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil kajian mengenai kesan pemansuhan sistem Open Approved Permit (Open AP). Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap pandangan lnstitut Automotif Malaysia (MAl) bahawa Open AP tidak menyumbang kepada pembangunan industri automotif.
File PDF document soalan-41&42.pdf
Soalan 41. YB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk Skim Rent - to - Own (RTO) bagi projek PR1MA dan berapakah jumlah sasaran permohonan. Soalan 42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah Pekerja Asing Tanpa lzin (PATI) yang memenuhi pasaran pekerjaan dalam perladangan, perindustrian dan binaan; dan (b) adakah Kementerian berhasrat memberi permit kerja sementara melalui majikan mereka supaya mudah mengesan mereka dan menjana pendapatan negara.
File PDF document soalan-40.pdf
Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan samaada Kerajaan masih berpegang kepada pendirian untuk memansuhkan Akta Hasutan, 1948 dan sekiranya tidak, nyatakan alasan-alasannya.
File PDF document soalan-39.pdf