soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di
setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka
sebagai pelajar Pra Universiti.
Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh
negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk
menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan
ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan
bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk
setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30
September 2014.
Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di
luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon
dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi
masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut.
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad
pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
i
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing
memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan
sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.
Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS)
minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek
pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE)
kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada
penduduk setempat.
Download soalan-0-intro.pdf — 2575 KB