File PDF document soalan-53.pdf
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dan peratus syarikat yang telah mendaftar untuk pelaksanaan GST, kesiap-sediaan sistem IT untuk mengendalikan cukai tersebut dan sama ada tarikh pelaksanaan pada April 2015 lebih wajar ditunda.
File PDF document soalan-48.pdf
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada 14 kampung baru ataupun new village di Pulau Pinang sejak 2001 hingga 2014. Berikan juga pecahan jumlah peruntukan kepada kampung-kampung baru negeri-negeri lain yang turut tersenarai dalam pelan induk terbabit. Sekiranya terdapat perbezaan jumlah, jelaskan kenapa.
File PDF document soalan-49.pdf
Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian 1 minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kejadian soalan bocor pada kertas peperiksaan utama di Malaysia kerap kali kedengaran. Terkini ialah apa yang berlaku kepada kertas mata pelajaran Sains, Bahasa lnggeris 1 & 2 untuk peperiksaan UPSR. Pada pandangan Kementerian, di manakah sebenarnya kelompangan pada sistem penyediaan dan pengagihan soalan sehingga ia boleh diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk m~mbocorkannya dan ยท apakah mekanisme yang dibentuk bagi menjamin perkara sama tidak akan berulang.
File PDF document soalan-46.pdf
Y.B. DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan agar pekerja-pekerja MAS yang akan dibuang kerja ekoran penstrukturan semula MAS tidak menghadapi tekanan ekonomi dan menambahkan pengangguran.
File PDF document soalan-45.pdf
Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina LRT, MRT atau Monorel di kawasan ban dar raya Kota Kinabalu memandangkan populasi di Kota Kinabalu semakin meningkat dan masalah kesesakan jalan raya yang semakin serius.
File PDF document soalan-43.pdf
Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan rasionalnya Kerajaan bercadang untuk membawa masuk 1.4 juta orang Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan khas. Apakah kesan jika keselamatan negara dikuasai oleh bangsa asing.
File PDF document soalan-41&42.pdf
Soalan 41. YB. TUAN HAJI KHALID ABDUL SAMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah harga kereta akan mula diturunkan seperti yang dijanjikan semasa Pilihan Raya Umum ke-13. Soalan 42. Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) berapakah kos tanggungan makanan bagi seorang pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) sehari; dan (b) apakah benar tanggungan makanan harian pelajar kurang daripada tanggungan makanan banduan.
File PDF document soalan-40.pdf
Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH [ KALABAKAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a. apakah Kementerian sedar bahawa penjualan rokok haram tanpa cukai sedang dijual secara terbuka dan berleluasa hampir di seluruh bandar di Sabah;dan b. berapakah anggaran kerugian negara satu tahun akibat jualan rokok dan bahan tembakau tanpa cukai ini.
File PDF document soalan-38.pdf
YB. TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan Kesediaan Kerajaan untuk menghadapi "ASEAN Economic Community" (AEC) pada tahun 2015. Dan bagaimanakah Kerajaan akan "integrate" 'ASEAN Declaration on Strengthening Social Protection' di Malaysia.
File PDF document soalan-39.pdf
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk meminda Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan supaya budi bicara Peguam Negara dalam hal ehwal berkaitan dengan permulaan, perjalanan dan pemberhentian prosiding jenayah adalah boleh disemak oleh Hakim Mahkamah Tinggi melalui prosedur semakan kehakiman.
File PDF document soalan-37.pdf
YB. Tan Sri Dato' Sri William Mawan lkom [SARATOK] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pelan atau perancangan kontigensi Kementerian menjamin penduduk luar bandar mendapat bekalan air bersih berterusan yang diperlukan penduduk khususnya pada musim kemarau yang panjang memandangkan Parlimen Saratok antara kawasan terdedah kepada masalah ketiadaan bekalan air bersih yang berlarutan.
File PDF document soalan-36.pdf
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All [ GOMBAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan telah mengadakan penilaian kompetensi terhadap daya saing Malaysia Airlines System (MAS) dalam pasaran penerbangan tambang murah sebelum melaksanakan Pelan Pemulihan Baru MAS.
File PDF document Soalan 35
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan bantuan yang telah dan akan dijalankan ke atas isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berdasarkan perincian Kementerian Dalam Negeri bahawa jumlah kanak-kanak tersebut mencecah 14 ribu dari tahun 2013 sehingga April 2014.
File PDF document soalan-34.pdf
Y.B. DR. KO CHUNG SEN [ KAMPAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan : a. berapakah kos untuk membeli kereta Proton Perdana edisi khas baru untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri; dan b. berapakah kos penyelenggaraan kesemua kereta Proton Perdana milik Kerajaan setiap tahun.
File PDF document soalan-33.pdf
Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah perlu Akta Hasutan 1948 dihapuskan dan digantikan dengan Akta Harmoni.
File PDF document soalan-32.pdf
TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [ KLANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar Kerajaan untuk kurangkan kadar ketidaksamaan pendapatan (income inequality) yang sedang meningkat. Adakah fenomena "inequality" akan menjadi lebih buruk dengan pelaksanaan GST.
File PDF document soalan-30&31.pdf
Soalan 30. YB Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit dari negeri-negeri lain yang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan hospital Kerajaan lain di Lembah Kelang dari tahun 2012 hingga September 2014 kerana kekurangan pakar perubatan di negeri-negeri berkenaan. Pakar perubatan jenis apakah yang sangat berkurangan di hospital negeri tersebut dan apakah yang dilakukan untuk mengatasi kekurangan tersebut. Soalan 31. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos pengambilalihan sistem penguatkuasaan elektronik AES serta jumlah kutipan saman yang telah diterima sejak sistem AES dilaksanakan sehingga sekarang.
File PDF document soalan-29.pdf
YB. TUAN V. SIVAKUMAR minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara terperinci mengenai Dana Usahawan Muda di bawah SME Bank yang dilancarkan pada bulan Februari 2013. Setakat ini berapakah jumlah yang dipinjamkan kepada usahawan belia berdasarkan kaum dari tarikh dana itu dilancarkan sehingga kini.
File PDF document soalan-28.pdf
YB. TUAN WONG CHEN [KELANA JAYA] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penasihat layak (cleared advisors) yang telah dilantik sehingga kini untuk membantu dan memudahkan perundingan Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan adakah terdapat GLCs atau GLICs yang telah menghantar penasihat untuk membantu.
File PDF document soalan-26.pdf
Soalan 26. Dato lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan sistem 'Visa on arrival" agar memudahkan pelancong asing berkunjung ke negara kita terutamanya pelancong yang bercadang melancong ke Pulau Langkawi.