-
soalan-32.pdf
-
Soalan 32. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pendirian Kerajaan perkhidmatan teksi "Uber''.
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) apakah tindakan Kerajaan bagi menghentikan kenyataan
berbaur perkauman yang dilakukan oleh mana-mana pihak,
khususnya ISMA dan PERKASA. Nyatakan juga senarai
nama mereka yang didakwa sejak 2012 hingga terkini; dan
(b) garis masa bagi pemansuhan Akta Hasutan, berdasarkan janji
Perdana Menteri pada 16 September 2012.
-
soalan-29.pdf
-
Soalan 29. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat
bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia dan kebolehpasaran
graduan.
-
soalan-30.pdf
-
Soalan 30. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta
MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha-usaha diplomatik yang
telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia
dalam memastikan Kerajaan Myanmar mengambil
tanggungjawab yang sewajarnya dalam menangani masalah
kezaliman atas kaum Rohingya di Myanmar.
-
soalan-28.pdf
-
Soalan 28. VB Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta
PERDANA M ENTERI menyatakan :-
(a) sebab konsesi Lebuh Raya KIDEX diluluskan walaupun ianya
hanya dapat mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 4%
secara purata; dan
(b) sama ada pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa
untuk menolak projek Lebuh Raya Kl DEX.
-
soalan-26.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan
pendapatan kaum Bumiputera dari sumber modal (income from
capital} kerana majoriti kaum ini menerima pendapatan dari gaji yang
kecil sahaja.
-
soalan-21&22.pdf
-
Soalan 21. PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD
[PASIR GUDANG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan apakah program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
dalam memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dalam
bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik serta sejauh manakah
keberkesanan program-program ini.
Soalan 22. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada hukuman mati di bawah
Akta Dadah Berbahaya, 1952 telahpun berjaya untuk membanteras
aktiviti-aktiviti pengedaran dadah dan nyatakan sama
ada jumlah kes-kes pengedaran dadah telah pun meningkat sejak
hukuman mati mandatori diperkenalkan di bawah Akta tersebut
-
soalan-24.pdf
-
Soalan 24. DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN
[ KOTA BHARU- PAS] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana
pencapaian atlet-atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014
berbanding sasaran yang diletakkan.
-
soalan-23.pdf
-
Soalan 23. Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED [ PULAI ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan mengenai pelan pemulihan MAS yang
dikemukakan Khazanah serta jumlah yang sudah dibelanjakan Kerajaan
sejak mengambil alih MAS pada tahun 1995.
-
soalan-20.pdf
-
Soalan 20. Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary minta MENTERI
PERTANIAN
DAN
INDUSTRI
menyatakan
apakah
tindakan
ASAS
yang
TANI
berkesan
Kementerian dalam mengatasi kecetekan muara
Sungai
Kemasin yang dulunya menjadi tempat
pendaratan
utama
ikan
di
kawasan
Bachok.
Berapakah kes kemalangan melibatkan bot nelayan
akibat kecetekan dan anggaran kerugian semenjak
tahun 2000 hingga kini.
-
soalan-19.pdf
-
Soalan 19. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes judi haram yang telah
dikesan dan diambil tindakan setiap tahun dan keberkesanan
langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi
menghapuskan masalah judi haram ini seperti judi cyber (monkey)
dan lain-lain yang menjadi masalah besar di bandar dan pekanpekan kecil di negara ini.
-
soalan-18.pdf
-
Soalan 18. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ]
minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI menyatakan:
a) apakah peranan sebenarnya agensi seperti FAMA;
dan
b) apakah langkah yang akan diambil oleh pihak
Kementerian untuk mengelak dakwaan FAMA menjadi
pengganti orang tengah dengan membeli murah dan
menjual mahal.
-
soalan-17.pdf
-
Soalan 17. YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah-langkah dan strategi yang diambil
bagi memperkenalkan industri Pelancongan Kesihatan di luar negara
secara agresif sebagai sebuah industri pelancongan eksklusif dan
bernilai tinggi yang dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan
dan pengusaha hospital tempatan.
-
soalan-16.pdf
-
Soalan 16. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan tindakan yang diambil bagi menyekat sebaran
pengaruh kurnpulan Negara Islam di Iraq dan ai-Sham (ISIS) dalam
negara ini dan tindakan undang-undang yang diarnbil terhadap mereka
yang terlibat dalam aktiviti ISIS.
-
soalan-15.pdf
-
Soalan 15. YB. Datuk Wee Jeck Seng
[ Tanjong Piai ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan statistik bilangan
pelancong dari dalam dan luar Malaysia dan negara asal mereka yang
melawat ke pulau-pulau peranginan di seluruh Malaysia pada tahun 2012
hingga terkini.
-
soalan-13.pdf
-
Soalan 13. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang ( Sibuti ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran
masalah kanak-kanak Autisme di kalangan ibu bapa di luar bandar;
dan
(b) apakah langkah yang diambil untuk memperluaskan khidmat dan
bantuan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak Autisme.
-
soalan-14.pdf
-
Soalan 14. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan punca Universiti Johns Hopkins menamatkan kontrak
dengan Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana, status terkini,
berapa pelajar terlibat, biasiswa yang dibayar, jumlah yuran yang telah
dibayar oleh Kerajaan dan adakah tindakan undang-undang terhadap
atau diambil oleh Universiti Johns Hopkins.
-
soalan-12.pdf
-
Soalan 12. TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan kos pembinaan dan infrastruktur bagi
setiap satu lokap berpusat di seluruh negara, kontraktor yang terlibat
serta kelengkapan asas yang ada di situ.
-
soalan-11.pdf
-
Soalan 11. YB Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala
Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah
perancangan Kerajaan untuk membesar dan menaiktarafkan hospital di
pekan-pekan kecil khususnya bandar-bandar diraja seperti Kuala Kangsar
memandangkan keperluan dan permintaan yang amat mendesak.
-
soalan-9.pdf
-
Soalan 9. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai mewartakan
penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sekiranya ia telah diwartakan nyatakan jumlah tangkapan dan
pencegahan telah dibuat oleh KDN dan berapakah bilangan mereka
yang terlibat dan apakah denda/hukuman yang telah dikenakan.