File PDF document soalan-23.pdf
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau] minta MENTERI SLIMBER MANUSIA menyatakan memandangkan bahawa terdapat masih ramai belia-belia, para graduan yang masih mencari pekerjaan, berapa banyak peluang pekerjaan dan kekosongan kerja yang telah diwujudkan di negeri Sabah khususnya dalam tahun 2015 dan apakah pecahan lain-lain kerja yang tersedia itu supaya makluman-makluman ini didedahkan dengan jelas kepada penganggur di Sabah.
File PDF document soalan-18&19&20.pdf
Soalan 18. YB Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api ETS (lpoh ke Kuala Lumpur) dalam tahun 2013 hingga 2014. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kereta api ETS agar lebih ramai penumpang dapat menggunakan perkhidmatan kereta api ETS tersebut. Soalan 19. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [JERLUN ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berdasarkan peruntukan RM 100 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS):- (a) berapakah jumlah usahawan Bumiputera khususnya di Kedah yang telah menerima manfaat peruntukan berkenaan ; dan (b) apakah pelan jangka masa panjang Kementerian bagi memastikan pengusaha PKS ini terus meningkatkan mutu produk/perkhidmatan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Soalan 20. Y.B. DATO' MOHO ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan :(a) bilakah pihak Kementerian akan memindahkan pusat pelupusan sampah di Cheroh Raub ke kawasan yang baru; dan (b) nyatakan langkah-langkah yang diambil buat sementara ini untuk meningkatkan keselesaan penduduk daripada bau busuk serta potensi ancaman "public health" untuk penduduk Raub khususnya di Cheroh.
File PDF document soalan-16&17.pdf
Soalan 16. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah soalan kertas Sains UPSR 2014 boleh bocor. Apakah kaedah yang akan diambil Kementerian untuk mengelakkan perkara ini berulang pada peperiksaan akan datang. Soalan 17. Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh penumpang-penumpang yang telah menempah tiket awal bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah/Kuala Perlis contohnya waktu feri berlepas jam 2.00 petang tetapi lewat tiba di Jeti Kuah dan telah ketinggalan bot/feri disebabkan kesesakan lalu lintas "traffic jam" dan penumpang-penumpang tersebut terpaksa membeli tiket baru untuk beliau dan beberapa ahli keluarga yang turut serta berikutan pengusaha feri di Jeti Kuah telah memperkenalkan sistem tiket berkomputer.
File PDF document soalan-15.pdf
Soalan 15. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] mlnta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah pendekatan baru AADK sejak 2010 berjaya mengurangkan masalah-masalah berkaitan dadah, H IV serta AIDS dan apakah statistik terkini rakyat yang mengguna dadah dan menghidapi HIV dan AIDS.
File PDF document soalan-12&13.pdf
Soalan 12. YB. TUAN TONY PUA KIAM WEE [PETALING JAYA UTARA] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah kos Projek Langat 2 dan sama ada kos ini akan tanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui bayaran "leasing" kepada PAAB yang akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan secara mendadak. Soalan 13. Datuk Joseph Satang anak Gandum [. Julau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk memastikan tiada sesiapa daripada golongan sasaran bantuan kebajikan terkeluar dari perkhidmatan yang diperuntukkan kepada mereka.
File PDF document soalan-14.pdf
Soalan 14. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status siasatan polis ke dalam laporan polis oleh "Dayak National Congress" atas cetakan facebook pada halaman "JIM - Jemaah ISIS Malaysia" yang menyeru penyembelihan orang Dayak.
File PDF document soalan-0-intro&7&9.pdf
Soalan 7. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTER! PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberikan peruntukan sepenuhnya untuk membina bangunan ataupun membaik pulih bangunan sekolah-sekolah Mubaligh. Soalan 9. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelajar Malaysia di bawah penajaan Kerajaan yang telah tamat belajar tetapi masih belum pulang ke Malaysia dan apakah punca keadaan ini berlaku.
File PDF document soalan-11.pdf
Soalan 11. Tuan Anyi Ngau (Baram) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan rancangan Kerajaan dalam tempoh 20152-020 bagi melaksanakan pembangunan luar bandar seperti pembinaan jalan, bekalan air serta elektrik dan kemudahan perumahan di kawasan Baram demi mencapai Wawasan 2020.
File PDF document soalan-47.pdf
Soalan 47. Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan :a) Apakah status dan perkembangan kerja pendalaman muara sungai di Sungai Sibiyu (deepening work) dan Sungai Kemena (dredging work) yang telah sekian lama tertangguh; dan b) Apakah pihak Kementerian mempunyai rancangan jangka masa panjang yang teliti dan berkesan untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering kali melanda Bandar Bintulu terutamanya selepas hujan lebat.
File PDF document soalan-45.pdf
Soalan 45. YB. DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang dasar serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan yang mengehadkan perniagaan import bahan-bahan terkawal secara monopoli.
File PDF document soalan-46.pdf
Soalan 46. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menguatkuasakan Akta SOSMA 2012 ke seluruh negara untuk menangani ancamanancaman dari dalam negara dan luar negara.
File PDF document soalan-44-jawapan.pdf
Soalan 44. YB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan: a) berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi; dan b) apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.
File PDF document soalan-43.pdf
Soalan 43. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kanak-kanak Autisme yang telah direkodkan di negeri Terengganu serta jenis bantuan yang disediakan bagi kanak-kanak tersebut. Soalan 44. YB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan: a) berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi; dan b) apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.
File PDF document soalan-40.pdf
Soalan 40. VB Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menolong pesakit-pesakit Lysosomal Storage Diseases (LSD) kerana kos yang begitu tinggi untuk rawatan Enyzme Replacement Therapy (ERT).
File PDF document Soalan-42.pdf
Soalan 42. YB. Dr. Michael Teo Vu Keng [ Miri ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian menaiktaraf dan mengekalkan keindahan pantai-pantai di Sarawak, khususnya di Miri.
File PDF document soalan-37.pdf
Soalan 37. YB Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini pencapaian hartanah Bumiputera oleh Pelaburan Hartanah Berhad sejak ia ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan modal RM2 bilion.
File PDF document soalan-36.pdf
Soalan 36. Y.B. TUAN NGA KOR MING [ TAIPING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci apakah jumlah pelaburan 1Malaysia Development Berhad (lMDB) mengikut projek, jumlah hutang yang ditanggung serta prestasi pengurusan kewangan syarikat tersebut.
File PDF document soalan-35.pdf
Soalan 35. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah kes perdagangan manusia yang dilaporkan dan didakwa di mahkamah sejak 2010 hingga 2014 dan tindakan yang diambil terhadap "traffickers"; dan (b) perlindungan yang diberi kepada mangsa dan pendekatan untuk mengatasi masalah ini.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa kedudukan permohonan untuk menyewa rumah pangsa/PPR DBKL dari pelbagai peringkat dan kategori yang masih belum ditawarkan rumah, unit rumah yang siap dan sedang dalam pembinaan serta kedudukan pembangunan semula di tapak-tapak perumahan sedia ada.
File PDF document soalan-33.pdf
Soalan 33. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme Kerajaan memperkemaskan kerjasama antara agensi-agensi keselamatan dalam Pelan Penstrukturan Semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Malaysia (ESSCOM).