soalan-18&19&20.pdf
Soalan 18. YB Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah penumpang yang menggunakan
perkhidmatan kereta api ETS (lpoh ke Kuala Lumpur) dalam tahun
2013 hingga 2014. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan kereta api ETS agar lebih ramai penumpang
dapat menggunakan perkhidmatan kereta api ETS tersebut.
Soalan 19. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [JERLUN ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan berdasarkan peruntukan
RM 100 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS):-
(a) berapakah jumlah usahawan Bumiputera
khususnya di Kedah yang telah menerima
manfaat peruntukan berkenaan ; dan
(b) apakah pelan jangka masa panjang
Kementerian bagi memastikan pengusaha
PKS ini terus meningkatkan mutu produk/perkhidmatan mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.
Soalan 20. Y.B. DATO' MOHO ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan :(a) bilakah pihak Kementerian akan memindahkan pusat pelupusan
sampah di Cheroh Raub ke kawasan yang baru; dan
(b) nyatakan langkah-langkah yang diambil buat sementara ini untuk
meningkatkan keselesaan penduduk daripada bau busuk serta
potensi ancaman "public health" untuk penduduk Raub khususnya di
Cheroh.
Download soalan-18.pdf — 1385 KB