Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-16&17.pdf

Soalan 16. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah soalan kertas Sains UPSR 2014 boleh bocor. Apakah kaedah yang akan diambil Kementerian untuk mengelakkan perkara ini berulang pada peperiksaan akan datang. Soalan 17. Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh penumpang-penumpang yang telah menempah tiket awal bagi laluan Langkawi ke Kuala Kedah/Kuala Perlis contohnya waktu feri berlepas jam 2.00 petang tetapi lewat tiba di Jeti Kuah dan telah ketinggalan bot/feri disebabkan kesesakan lalu lintas "traffic jam" dan penumpang-penumpang tersebut terpaksa membeli tiket baru untuk beliau dan beberapa ahli keluarga yang turut serta berikutan pengusaha feri di Jeti Kuah telah memperkenalkan sistem tiket berkomputer.

Download soalan-16.pdf — 867 KB

Filed under: