File PDF document soalan-12.pdf
File PDF document soalan-12_1439372494.pdf
File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-11.pdf
File PDF document soalan-47.pdf
Soalan 47. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah warga Malaysia telah terlibat dalam perang saudara di Syria dan berapa pula mereka yang terlibat dalam perjuangan militan ISIS/ISIL. Adakah mereka ditahan setelah pulang ke Malaysia.
File PDF document soalan-46.pdf
Soalan 46. Y.B. DATUK IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ [ TANAH MERAH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan untuk mengharamkan kemasukan rokok dan arak ke Port Klang Free Zone (PKFZ). lni memandangkan ia tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada Kerajaan sebaliknya hanya menjadi tempat persinggahan bagi kegiatan penyeludupan kedua-dua barangan tersebut.
File PDF document soalan-45.pdf
Soalan 45. Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID [ KOTA TINGGI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah sehingga kini syarikat yang telah berdaftar untuk melaksanakan GST.
File PDF document soalan-44.pdf
Soalan 44. Y.B. TUAN CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH [ SETIU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membolehkan setiap pencarum KWSP untuk didaftarkan secara automatik di Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memudahkan proses Pendaftaran Pembayar Cukai dilakukan.
File PDF document soalan-43.pdf
Soalan 43. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM [ SARATOK ] minta MENTERI PEDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi memerangi kegiatan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi di negara ini memandangkan Kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM1.2 billion akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
File PDF document soalan-42.pdf
Soalan 42. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jenis-jenis dan bahaya racun yang terkandung dalam sayursayuran yang dibawa masuk dari Thailand. Apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan rakyat mendapat sayur-sayuran yang bebas racun.
File PDF document soalan-38&39&40.pdf
Soalan 38 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah strategi jangka pendek, pertengahan dan panjang Kerajaan Persekutuan untuk menangani kejatuhan harga komoditi komersil terutama getah dan kelapa sawit serta kesan ekonomi ke atas pekebun kecil, peneroka skim-skim pertanian dan masyarakat luar bandar. Soalan 39. Tuan Anuar bin Abd. Manap [ ยท Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :(a) memandangkan Pelabuhan Darat di Segamat mempunyai potensi untuk dinaiktarafkan menjadi pusat pelaburan dan 'one stop centre' terminal pengangkutan membangunkan Pelabuhan adakah Kementerian bercadang Darat Segamat sebagai Terminal Utama Kereta Api di Segamat menggantikan stesen kecil sedia ada seiring dengan perlaksanaan laluan berkembar; dan (b) apakah Kementerian melalui PKFZ ada mempertimbangkan kaedah terbaik bagi memanfaatkan kemudahan yang telah tersedia wujud di pelabuhan darat Segamat ini. Soalan 40. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK] Minta MENTER! KEMAJUAI\J LUAR BAI\JDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah Kementerian bagi menaikkan taraf peniaga Bumiputera yang dihimpit oleh masalah modal bagi meningkatkan modal perniagaan mereka kerana bank-bank perdagangan tidak begitu membantu sedangkan kaum-kaum lain senang n1endapat perniagaan mereka modal secara untuk menjalankan 'consignment'. Adakah Kementerian mempunyai idea antaranya men1bantu mewujudkan perniagaan secara 'consignment' selain daripada bantuan modal seperti TEKUN.
File PDF document soalan-41.pdf
Soalan 41. YB. DATUK WILLIAM @ NY ALLAU ANAK BADAK [LUBOK ANTU] Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan apa yang sudah terjadi dengan pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di 9 buah rumah panjang yang dijanjikan oleh Menteri sendiri yang akan bermula pada bulan April 2014. Tetapi sehingga ke hari ini, projek tersebut belum lagi bermula. Rumahrumah panjang yang terlibat adalah seperti Rh. Atit, Rh. Minggat, Rh. Lampas Titok, Rh. Antau, Nanga Bunuk, Rh. Isau Gelong, Rh. Tayang, Rh Unchat 1\libong dan Rh. Egar Bukit Tungku.
File PDF document soalan-36&37.pdf
Soalan 36. YB. DR. ONG KlAN MING [ SERDANG] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengapa projek "solar farm" berjumlah 50MW telah diberikan kepada 1MDB melalui "direct negotiation" memandangkan terdapat banyak lagi syarikat Malaysia yang mempunyai "track record" yang lebih baik berbanding dengan 1MDB dalam membina dan menguruskan "solar farm". Soalan 37. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kementerian akan mengeluarkan manifest kargo MH370. Mengapa info manifests ini belum dikeluarkan.
File PDF document soalan-35.pdf
Soalan 35. YB LAKSAMANA PERTAMA MOHAMAD IMRAN BIN ABO HAMID (B) (LUMUT) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan kenapa keputusan menganalisis darah sangat lewat tetapi tidak mahu menggunakan khidmat "PATHLAB GURIBBLES" untuk mendapat keputusan cepat dan memberikan keselesaan doktor pakar memberi rawatan yang sempurna manakala keputusan analisis dari Hospital Tengku Mizan pula kerap berlaku kelewatan.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Y.B. UST. DATO'. DR. MOHD. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perbandingan harga tanah (nilai satu kaki persegi) di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Seremban, lpoh, Kuantan dan Pulau Pinang dari tahun 2010 hingga jun 2041.
File PDF document soalan-33.pdf
Soalan 33. YB. TUAN CHARLES PERDAGANGAN ANTHONY ANTARABANGSA SANTIAGO DAI\J minta INDUSTRI MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan dan senara[kan mengapa Kerajaan menyokong "Investor-State Dispute Settlement" di da!am Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
File PDF document soalan-32.pdf
Soalan 32. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada akan melaksanakan gesaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) agar Jawatankuasa Tadbir Urus dan lntegriti (JITU) bagi menangani gejala penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan (3P) ditempatkan di setiap Kementerian dan Jabatan dalam sektor perkhidmatan awam.
File PDF document Soalan-31.pdf
Soalan 31. Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA Kementerian telah DAN MASYARAKAT memberhentikan menyatakan menerbitkan kenapa statistik-statistik berkenaan kes-kes rogol, keganasan rumah tangga dan serangan seksual terhadap kanak-kanak di dalam Iaman Kementerian sejak 2008 sehingga sekarang.
File PDF document soalan-30.pdf
Soalan 30. VB Tuan Sivakumar AIL Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi kerja-kerja penyelenggaraan Klinik-Kiinik 1 Malaysia (K1 M) di seluruh negara. Berapakah jumlah Klinik 1 Malaysia yang sedang beroperasi mengikut negeri.
File PDF document soalan-29.pdf
Soalan 29. Y.B. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD [ LIPIS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah terkini individu dan syarikat perniagaan yang telah mendaftar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan apakah tindakan bagi mereka yang ingkar.