-
soalan-38.pdf
-
soalan-37.pdf
-
Puan Nurul lzzah Binti Anwar (Lembah Pantai) minta PERDANA
MENTERI menyatakan :
a) adakah Kerajaan bersedia menyalurkan wang peruntukan khas kelolaan
ICU kepada semua kawasan Parlimen menerusi wakil rakyat yang
memenangi kawasan terbabit; dan
b) jumlah pemberian mengikut kawasan Parlimen sejak 2012 hingga kini.
-
soalan-36.pdf
-
soalan-32&33.pdf
-
Soalan 32. Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PERMATANG PAUH ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus
dengan lebih cekap; dan
b) adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji fuel ancj__2il expenditure
yang menyumbang 36% kepada jumlah perbelanjaan MAS, dan apakah
jaminan kepentingan pekerja MAS dilindungi.
Soalan 33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan
dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang
diambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan
lain.
-
soalan-35.pdf
-
DATO' FAUZI BIN ABDUL RAHMAN [ INDERA MAHKOTA] minta
PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria yang diguna pakai
untuk mengukur 'distribution of income' antara rakyat yang kaya dan
miskin dari dasar DEB yang menjanjikan penyusunan semula
masyarakat dan Wawasan 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia
sebagai negara maju.
-
soalan-34.pdf
-
Y.B. TUAN LOKE SlEW FOOK [ SEREMBAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan untuk menggubal
undang-undang baru untuk mengawal dan membanteras gejala perjudian
siber atau online yang semakin berleluasa dan sekiranya ada, bilakah ia
dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya dikuatkuasakan.
-
soalan-30&31.pdf
-
Soalan 30. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM
dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan rasuah wang kurang
daripada RM1 000.
Soalan 31. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan tentang langkah kerajaan dalam
mengawal taktik penipuan (Hidden Agenda} yang dikenakan
terhadap penumpang kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan
Awam di Negara ini.
-
soalan-29.pdf
-
YB Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilangan mesin MRI dan CT Scan dan sama ada
ianya berfungsi atau tidak di semua hospital Kerajaan dan swasta
berdasarkan pecahan negeri dan sama ada ianya dibeli atau disewa serta
nyatakan kosnya.
-
soalan-26&27.pdf
-
Solan 26. YB Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk
mengurangkan kos rawatan di sektor swasta
Soalan 27. Y.B. DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR
BAHARU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN
DAN KERAJAAN menyatakan apakah puncanya dikatakan hampir 60%
kakitangan awam yang bergaji RM3,000 sebulan dan ke bawah tidak
memiliki rumah sendiri dan apakah laporan terkini Program 1 Juta Rumah
yang dicadang dibina oleh Kementerian pada tahun lepas.
-
soalan-28.pdf
-
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI
menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk
menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi
rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak
pembentukan Malaysia.
-
soalan-25.pdf
-
Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci
menerangkan kenapa sehingga sekarang tid.ak dapat menetapkan
harga lantai bagi getah sedangkan masih ada cara dan mekanisme
untuk berbuat demikian. Rakyat menerima bantuan 'one-off dengan
gembira tetapi apa yang rakyat mahu ialah penetapan harga getah
yang munasabah. Pemberian bantuan RM500 hanya akan bertahan
sebulan bagi sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah di luar
bandar.
-
soalan-24.pdf
-
soalan-23.pdf
-
soalan-22.pdf
-
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara] minta PERDANA
MENTERImenyatakan sebab keuntungan Felda Global Ventures
Holdings Bhd. telah menurun dan harga sahamnya telah terjunam dari
RM5.39 pada 28 Jun 2012 ke RM3.67 pada 11 September 2014, atau
sebanyak 31.9o/o walaupun indeks KLCI telah meningkat dari 1 ,599 ke
1,855 pad a masa yang sama.
-
soalan-21.pdf
-
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam]
minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
langkah Kerajaan dari segi politik dan
bantuan kemanusiaan bagi membela
dan membantu rakyat Palestin dari
kekejaman
-
Soalan-19&20.pdf
-
Soalan 19. DATO' AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif
Kementerian bagi mencapai target 500 senarai harta intelektual pada
akhir tahun ini bagi menggalakkan lagi platform komersial yang
disediakan IPR Marketplace.
Soalan 20. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ]minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan secara terperinci tindakan dan hasil siasatan Polis Diraja
terhadap kes kematian Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Rayuan Malaysia
memutuskan mengetepikan keputusan koroner
dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
-
soalan-18.pdf
-
Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan berhubung penjualan tanah Kerajaan milik
_DBKL yang membabitkan tapak di mana Bangunan Jabatan Kejuruteraan
dan Mekanikal DBKL, Bangunan Jabatan Kesihatan DBKL dan Bangunan
Kesatuan Pekerja-Pekerja DBKL dan tanah-tanah lapang di sekitar tiga
bangunan tersebut, berapakah keluasaan setiap tanah, siapakah pembeli
dan tarikh pembelian, harga setiap kaki persegi, jenis pembangunan baru
yang dicadangkan diatas tanah-tanah tersebut, bilakah dan di manakah
jabatan-jabatan terlibat akan ditempatkan semula bangunan jabatan-jabatan tersebut
-
soalan-17.pdf
-
Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
a) bilangan projek pembinaan sekolah rendah dan menengah yang
sudah siap, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan di negeri
Sabah;dan
b) bila kelulusan pelaksanaan projek SMK Gum Gum II
memandangkan permohonan telah dibuat sejak Rancangan
Malaysia ke-8 lagi.
-
soalan-16.pdf
-
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan terdapat berapakah buah sekolah-sekolah yang beraliran
Bahasa Cina mempunyai kekurangan murid yang serius di daerah
Meradong dan Sarikei. Apakah tindakan Kerajaan Pusat akan diambil
untuk menyelesaikan masalah sekolah yang kekurangan murid.
-
soalan-15.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status pelaksanaan program pengajian
kursus agama Islam kepada masyarakat setempat yang dicadangkan.
pelaksanaan melalui Kolej Komuniti seluruh negara.