-
soalan-31.pdf
-
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] bertanya
kepada PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan kerajaan
untuk menguruskan Pendatang Asing Tanpa lzin di Sabah. Adakah
mereka akan disimpan di pusat dan tempat yang tertentu, supaya
aktiviti-aktiviti mereka dapat dikawal dan dipantau.
-
Soalan 30
-
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) secara terperinci apakah prosedur dan/atau garis panduan yang
ditetapkan dalam penyediaan dan penjagaan soalan-soalan kertas
UPSR sama ada sebelum dan selepas penyediaan soalan-soalan
tersebut; dan
(b) berapakah kos keseluruhan secara terperinci yang ditanggung oleh
Kementerian akibat kebocoran kertas-kertas Sains dan Bahasa
lnggeris UPSR tersebut.
-
soalan-29.pdf
-
YB. Tuan Nogeh Anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kesan peningkatan
kes pembunuhan dan penculikan pelancong asing di dalam negara
terhadap jumlah pelancong yang berkunjung sempena Tahun Melawat
Malaysia 2014.
-
soalan-28.pdf
-
YB. TUAN NGA KOR MING (TAIPING) minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan secara terperinci jumlah pampasan yang dibayar
oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya secara
satu per satu mengikut nama syarikat dalam tempoh 2008 hingga
2014.
-
soalan-27.pdf
-
DATO' AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA- BN]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan perancangan jangka
panjang Kementerian ke atas sukan berstatus antarabangsa yang
memakan kos belanja yang amat besar seperti Le Tour de Langkawi,
Monsun Cup, dan Perlumbaan F1. Adakah pulangan daripada aktiviti-
aktiviti sukan ini setimpal dengan modal yang telah dikeluarkan dan
bagaimana ia membantu negara mendapatkan semula pulangan modal.
-
soalan-26.pdf
-
YB DATO' KAMARUDIN BIN JAFFAR (TUMPAT)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian
telah memikirkan baik buruk dari segi keselamatan negara apabila
membuat keputusan untuk menjual tapak-tapak Pengkalan Tentera
Darat dan Udara kepada swasta.
-
soalan-25.pdf
-
Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a. sejauh mana penerimaan kakitangan MAS terutamanya pihak Kesatuan
Pekerja MAS berhubung Pelan Penstrukturan semula MAS yang melibatkan
pengurangan tenaga kerja sedia ada iaitu dari 20,000 kepada 14,000; dan
b. berapakah jumlah pampasan yang akan dibayar kepada 6,000
kakitangan MAS yang akan diberhentikan.
-
soalan-24.pdf
-
Y.B. DATO MANSOR BIN OTHMAN [ NIBONG TEBAL ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian bersedia
untuk campur tangan bagi tangani kemelut pemecatan kakitangan
Syarikat Kereta api Tanah Melayu KTMB yang terlibat dalam piket
membantah pengurusan tertinggi KTMB baru-baru ini demi menjaga
kepentingan pekerja dan syarikat KTMB.
-
Soalan 23
-
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca berlakunya kebocoran
maklumat soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menetapkan
prosedur keselamatan maklumat agar perkara sebegini tidak lagi
berlaku pada masa akan datang.
-
soalan-22.pdf
-
Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah kriteria pengesahan dan kenaikan
pangkat seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Malaysia.
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi mengawal pergerakan
nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di
Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan
masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.
Soalan 21. Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa ramai penyewa di PPR
telah meninggal dunia namun kediaman tersebut masih dihuni oleh waris
dan apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan isu ini.
-
soalan-19.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah menghalang yang rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan bagi
Malaysia daripada terlibat dalam aktiviti
keganasan, ekstremis dan ala ketenteraan di negara luar seperti
Syria, Selatan Thailand dan Filipina; dan
(b) berapa ramai rakyat Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam
kegiatan pengganas di luar negara dan apakah punca penglibatan
mereka.
-
soalan-18.pdf
-
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan sama ada kajian terhadap keperluan
kepelbagaian pendidikan bagi kanak-kanak Kelainan Upaya telah
dijalankan dan apakah rancangan kementerian bagi menangani
keperluan kanak-kanak kelainan upaya selain pekak, bisu dan buta.
-
soalan-16&17.pdf
-
Soalan 16. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik
Bridge Partners Hong Kong menguruskan dana USD$2.3 bilion milik 1MDB
dan bayaran tahunan yang dibayar kepada firma itu.
Soalan 17. Y.B. DATO SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang berkesan yang
telah diambil oleh Kerajaan untuk mengawal-selia institusi-institusi
kewangan di negara ini terhadap ancaman siber supaya sistem kewangan
dalam negara ini selamat dan terjamin.
-
soalan-15.pdf
-
YB Dato' Ar. Wan Mohammad Khairil [ Kuala Kangsar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Petronas Dagangan
sebagai syarikat milik Petronas yang ulung dan wibawa dan tersenarai
di bawah kaunter 'blue chip' mengalami kejatuhan harga saham yang
melebar dan ketara di Bursa Saham Kuala Lumpur berbanding dengan
kaunter-kaunter lain di sektor ini. Apakah faktor-faktor utama kejatuhan
lnl.
-
soalan-14.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah kos yang terlibat untuk menjalankan
pengutipan GST di seluruh negara dan juga GST yang dijangka akan
dikutip oleh Kerajaan pada tahun pelaksanaan pertama. Apakah yang
akan dilakukan oleh Kerajaan terhadap syarikat yang tidak mengutip GST,
khususnya syarikat kecil.
-
soalan-13.pdf
-
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kegiatan
militan dan pengganas dari dalam dan luar negara menjadi ancaman
kepada keselamatan dan keamanan negara masa kini dan apakah
langkah tegas yang diambil bagi membendung kegiatan militan ini dan
seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan negara terus
terjamin.
-
Soalan 12
-
Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan yang
diberi kepada Zoo Negara setiap tahun sejak tahun 2004, serta
perincian peruntukan tersebut.
-
soalan-11.pdf
-
TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang
telah dibelanjakan sehingga kini oleh Kementerian dalam program
mengawal kenaikan harga barang serta masih ada lagi program-
program yang belum dijalankan, dan jika ada mengapa ia belum
dilaksanakan.
-
soalan-10.pdf
-
YB Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana serta apakah
pendekatan yang diguna oleh Kementerian bagi mengawal pengamal
perubatan tradisional dan perubatan alternatif yang kelihatan begitu
meluas pengamalannya dalam masyarakat di Malaysia. Apakah usaha
Kerajaan untuk membendung penipuan dalam kaedah pengubatan ini.