File PDF document soalan-54.pdf
YB. TUAN OSCAR LING CHAI YEW (SIBU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk Pan Borneo Trunk Road Sarawak bagi tahun 2015. Senaraikan jenis projek yang akan dilancarkan.
File PDF document soalan-52&53.pdf
Soalan 52. YB Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- a. adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kilang pengusaha minyak masak tempatan memandangkan isu minyak kitar semula diguna untuk memproses minyak masak semakin hangat di luar negara; dan b. apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan jaminan kualiti keselamatan minyak masak di pasaran. Soalan 53. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih menggunakan "Offline Interpol Data System" yang lama serta bilakah Kementerian akan menaik tarat sistem tersebut kepada pangkalan data "lnterpols Stolen & Lost Travel Documents (STLD)" bagi tujuan meningkatkan kawalan keselamatan penerbangan di Malaysia.
File PDF document soalan-51.pdf
YB TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] Minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik dari 2009 pecahan kelapa sawit oleh FELDA dan FELCRA 2013 yang 1) dijual terus kepada kilang pemprosesan minyak sawit mentah; dan 2) yang dijual melalui orang tengah/dealer (pusat pengutipan kelapa sawit), dalam peratus dan dalam nilai ringgit.
File PDF document soalan-50.pdf
YB Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai penyelidikan dan usaha untuk mencipta vaksin denggi di Malaysia yang kita ketahui mengalami peningkatan kes demam denggi dan kematian yang sangat membimbangkan sejak awal tahun ini.
File PDF document soalan-49.pdf
YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan dalam memantau kemasukan makanan 'Genetically Modified Food' (GMF) dalam pelbagai bentuk ke Malaysia supaya tidak menjejaskan kesihatan pengguna serta tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal.
File PDF document soalan-48.pdf
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All [ GOMBAK] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memastikan jumlah pendapatan pelaburan terus kekal sementara berdepan kadar inflasi dijangka terus meningkat hingga 2015.
File PDF document soalan-46.pdf
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :{a) peranan Majlis P~narafan Standard dan Kualiti Bahasa lnggeris dalam mempertingkatkan tahap pembelajaran dan pengajaran Bahasa lnggeris di sekolah-sekolah dalam negara; dan {b) inisiatif yang diambil bagi memperkukuhkan penguasaan Bahasa lnggeris dalam kalangan pelajar mahupun guru dan pengaJar.
File PDF document soalan-47.pdf
Y.B. DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM [ JULAU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia menghapuskan sistem pembidaan tertutup terhadap mana-mana projek di bawah .. Design & Build .. seperti jalan, jambatan dan lain-lain.
File PDF document soalan-45.pdf
YB. TUAN IR. SHAHARUDDIN ISMAIL [ KANGAR] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah bagi mengatasi krisis tenaga yang dijangka melanda negara jika rizab tenaga di loji tenaga semakin menyusut dan sekaligus mengganggu operasi industri pembuatan dan perkhidmatan.
File PDF document soalan-44.pdf
Dato' Sri Azalina bin Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian akan mewujudkan program pembangunan modal insan khususnya untuk generasi muda di Parlimen Pengerang dengan memberi latihan-latihan khas untuk menangani limpahan projek mega RAPID dan juga Pembangunan Pelancongan Desaru yang memerlukan tenaga kerja tempatan yang banyak
File PDF document soalan-42&43.pdf
Soalan 42. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bersedia meminda perlembagaan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan keberkesanan memerangi gejala rasuah. Usaha Kerajaan dengan penubuhan beberapa "entity" bagi memastikan agar "corruption - a matter of the past" adalah disambut baik. Namun, garis nipis antara 'legally right but morally wrong' dan beberapa kelemahan lain menghalang SPRM berfungsi sebagai badan yang lebih berkesan. Soalan 43. YB. TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS (ROMPIN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) kedudukan terkini perancangan pelebaran jalan utama dari Muadzam - Keratong - Bahau dan Jalan Segamat Gambang - Kuantan; dan (b) statistik kemalangan bagi 5 tahun (2008-2013) untuk menguatkan hujah pelaksanaannya dengan kadar segera.
File PDF document soalan-41.pdf
DATUK AARON AGO ANAK DAGANG [ KANOWIT ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa beberapa jenis subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat di luar bandar tidak sampai ke sasarannya, terutamanya subsidi pengangkutan di bawah program pelarasan harga barang keperluan untuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Apakah tindakan Kerajaan dalam hal lnl.
File PDF document soalan-39&40.pdf
Soalan 39. TUAN NG WEI AIK [ TANJONG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap skim cepat kaya yang dipelopori oleh Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai Bakal Orang Terkaya di Dunia. Bagaimana Zhang Jian dapat masuk keluar negara kita tanpa dikesan serta ditangkap oleh pihak-pihak berkuasa yang berkaitan. Soalan 40. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim Ibrahim yang ditahan pada 22.7.2014 kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti pemisahan Sabah dari Malaysia, telah dikeluarkan dengan perintah tahanan pada 9 September 2014 di bawah Seksyen 19A daripada Akta Pencegahan Jenayah untuk pemulihan.
File PDF document soalan-38.pdf
YB. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA minta MENTER! PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapa pengecualian cukai untuk kereta hibrid yang dipasang di luar Malaysia (CBU) telah diberhentikan. Apakah rancangan dan tindakan kementerian untuk membawa masuk lebih ramai pembuat kereta hibrid ke Malaysia yang akan menyediakan alternatif lebih murah bagi rakyat Malaysia membeli kereta hibrid mesra bumi.
File PDF document soalan-37.pdf
Y.B. TUAN JEFF OOI CHUAN AUN [ JELUTONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang status kesiapsagaan pihak awam dan pihak swasta bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April 2015.
File PDF document soalan-36.pdf
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN MUSA [ KERETEH - BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan strategi dan pelan pemulihan yang dirangka oleh Kementerian bagi memperbaiki prestasi atlet yang bakal mewakili negara dalam kejuaraan antarabangsa agar imej sukan Malaysia mampu bersinar semula.
File PDF document soalan-35.pdf
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah] minta PERDANA MENTERI menyatakan status inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam menempatkan pegawai integriti di setiap kementerian bagi memastikan perancangan program dan projek Kerajaan mematuhi panduan pencegahan rasuah negara.
File PDF document soalan-33.pdf
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan pelan penstrukturan semula Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) melalui Khazanah Nasional Berhad dan pampasan yang dibayar kepada kira-kira 6000 kakitangan MAS yang diberhentikan.
File PDF document soalan-34.pdf
Y.B. DATO' MOHO ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a. adakah pihak kementerian akan 'renegotiate employment contract' dengan 'top executives' MAS ; dan b. adakah pihak Kementerian melalui MAS akan .. renegotiate contract catering .. dengan syarikat yang berkenaan.
File PDF document soalan-32.pdf
Dato' Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [Dungun] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah program perkabungan negara dan bertafakur pada 22 Ogos 2014 bertepatan dengan fatwa majlis fatwa Kebangsaan