soalan-52&53.pdf
Soalan 52. YB Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
a. adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap kilang pengusaha minyak
masak tempatan memandangkan isu minyak kitar semula diguna
untuk memproses minyak masak semakin hangat di luar negara;
dan
b. apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan jaminan
kualiti keselamatan minyak masak di pasaran.
Soalan 53. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih
menggunakan "Offline Interpol Data System" yang lama serta bilakah
Kementerian akan menaik tarat sistem tersebut kepada pangkalan
data "lnterpols Stolen & Lost Travel Documents (STLD)" bagi tujuan
meningkatkan kawalan keselamatan penerbangan di Malaysia.
Download soalan-52.pdf — 813 KB