-
soalan-45.pdf
-
soalan-44.pdf
-
Soalan 44. Tuan Lim Lip Eng Segambut minta PERDANA MENTERI
menyatakan:-
a) siapa dan tujuan beri derma sebanyak juta yang
dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri dan ke
mana dana itu telah diguna pakai; dan
b) sumber sebenarnya bayaran juta yang dilaporkan
hilang daripada 1MDB kepad International Petroleum
Investment Co dan ke mana bayaran itu pergi disalurkan
-
soalan-43.pdf
-
Soalan 43. Tuan Ramkarpal Singh all Karpal Singh Bukit Gelugor minta
MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan punca
berlakunya jerebu di Indonesia dan sama ada syarikat-syarikat yang
dikatakan menyebabkannya sudah pun dikenal pasti. Sekiranya ya,
nyatakan nama syarikat-syarikat tersebut.
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Y.B. DR. KO CHUNG SEN KAMPAR minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi bagi 1MDB
sejak 2009; dan jumlah aliran tunai tahunan untuk 1MDB sejak 2009, dan cukai yang
dibayar setiap tahun oleh 1MDB sejak 2009.
-
soalan-41.pdf
-
Soalan 41. YB Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa buah rumah yang telah dibuat oleh
Kerajaan Persekutuan bagi mangsa banjir di Kelantan setakat 15
Oktober 2015. Sila nyatakan kawasan rumah baru dibuat dan
perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk pembinaan rumah di
Kelantan.
-
soalan-40.pdf
-
Soalan 40. 'Datuk Joseph Salang anak Gandum Julau minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah persiapan di sekolah-
sekolah untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai
salah satu mata pelajaran di mana calon-calon peperiksaan SPM wajib
lulus dengan kredit.
-
soalan-39.pdf
-
Soalan 39. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI
menyatakan punca wang derma USD700 juta dalam akaun peribadi
bank beliau. Bagaimana wang derma ini digunakan dan siapa
penerimanya serta adakah beliau membaya cukai, membuat deklarasi
rasmi (dokumen apa) dan jumlah baki yang dipegang sekarang.
-
soalan-38.pdf
-
Soalan 38. YB Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Haji Ahmad [Mersing] minta
PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha kerajaan dalam
memperketatkan Iagi kawalan keselamatan laluan Perairan Selat Melaka
untuk memastikan selat Melaka bebas daripada ancaman serangan lanun
dan rompakan bersenjata bagi menjamin keselamatan penggunanya.
-
soalan-37.pdf
-
Soalan 37. YB Tuan Manivanan a/l Gowindasamy Kapar minta MENTERI
KESIHATAN menyatakanz-
(a)apakah perkembangan dan status terkini pembinaan hospital di
Parlimen Kapar setelah lokasi tanah telah dimaklumkan oleh
Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perkembangan secara terperinci
yang telah berlaku dalam tempoh masa 1 Januari 2015 sehingga 15
Oktober 2015 dan bilakah Kerajaan Pusat berhasrat untuk
memulakan pembinaan Hospital di Parlimen Kapar; dan
mengenai proses
(b)apakah perkembangan dan status terkini
penambahbaikan Klinik Kesihatan
mengantikan Klinik Kesihatan Lama di bawah RP3, Apakah
perkembangan secara terperinci yang telah berlaku dalam tempoh
masa 1 Januari 2015 sehingga 15 Oktober 2015.
-
soalan-36.pdf
-
Soalan 36. B Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [Sipitang] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan nisbah doktor pakar dengan jumlah penduduk
di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dan apakah perancangan
untuk mengimbangi jurang tersebut untuk menyediakan kemudahan
kesihatan terbaik kepada semua lapisan rakyat.
-
soalan-35.pdf
-
Soalan 35. TUAN WONG SZE PHIN JIMMY
KOTA KINABALU Minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
jumlah perbelanjaan ESSCOM mengikut jenis-jenis perbelanjaan sejak
dilancarkan hingga kini. Adakah ESSCOM akan menggunakan pelantar
minyak terbiar untuk tujuan pemantauan.
-
soalan-34.pdf
-
Soalan 34. Dato' Haji Mahfuz bin Omar Pokok Sena minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan
nama syarikat yang dipilih untuk mengendalikan pengurusan
kemasukan 1.5 juta orang pekerja asing dari Bangladesh serta
cara pemilihan syarikat tersebut; dan
berapakah jumlah dari yuran penempatan akan diterima oleh
syarikat tersebut.
-
soalan-33.pdf
-
Soalan 33. Y.B. DR. KO CHUNG SEN KAMPAR minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai aset semasa yang dimiliki oleh 1MDB dan nilai setiap satunya,
jumlah liabiliti dan hutang semasa 1MDB dan
jumlah bayaran faedah pada tahun ini dan 5 tahun yang Ialu, dan sama
ada bayaran faedah ini diservis oleh aliran tunai dalaman atau daripada
pinjaman.
-
soalan-32.pdf
-
Soalan 32. Y.B. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR LEMBAH PANTAI minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan
berapakah kutipan GST dari 1 April hingga 30 September 2015
berbanding kutipan SST 1 April hingga September 2014: dan
berapakah kadar inflasi yang berkait dengan GST 1 April hingga 30
September 2015 untuk sektor perkhidmatan, kos barangan, pengangkutan
dan kos sara hidup.
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan seiring dengan pembinaan penjara di Labuan,
adakah Kerajaan akan memusatkan (centralise) badan kehakiman di
bawah pentabiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang
berpusat di Labuan untuk mendengar kes-kes sama ada sivil ataupun
jenayah yang berdekatan dengan Kawasan Labuan seperti Beaufort
dan sesetengah kawasan di Sarawak.
-
soalan-28.pdf
-
Soalan 28. Puan Kasthuri alp Patto [Batu Kawan] minta PERDANA
MENTERI menyatakan dengan jelas KPI bagi usaha-usaha
Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India selepas
penubuhannya serta program-program konkrit yang telah
diperkenalkan oleh Kerajaan bagi tujuan pembangunan etnik India di
Malaysia dan sejauh manakah program-program tersebut berjaya
untuk membangunkan taraf hidup etnik India di Malaysia.
-
soalan-27.pdf
-
Soalan 27. YB Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan alasan untuk tidak meluluskan permohonan
Dato Seri Anwar ibrahim untuk menjalani pembedahan mikro akibat
masaiah kedua belah bahu dan menjalani fisioterapi pada kekerapan
yang betul di HKL atau PPUM
-
soalan-26.pdf
-
Soalan 26. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]
minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah pendirian Kerajaan
sebagai anggota ASEAN terhadap isu
pelarian dan penghapusan etnik Rohingya
di Myanmar.
-
soalan-25.pdf
-
Soalan 25. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) minta Menteri Dalam Negeri
menyatakan di jabatan mana 11,757 anggota PDRM yang baru
ditempatkan serta statistik jumlah polis terkini mengikut pecahan
jabatan, jantina dan negeri.
-
soalan-24.pdf
-
Soalan 24. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah yang dibuat
bagi mengatasi masalah jerebu khususnya jerebu yang bersifat rentas
sempadan yang kerap berlaku di Malaysia