-
soalan-16.pdf
-
Soalan 16. YB TAN KOK WAI [ CHERAS ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bagaimanakah cara untuk memastikan bahawa agihan
sama rata kemakmuran negara bila Malaysia transform menjadi
negara berpendapatan tinggi pada 2020 sedangkan jurang
pendapatan semakin melebar antara rakyat.
-
soalan-15.pdf
-
Soalan 15. YB. DATUK JUMAT BIN lORIS (SEPANGGAR) minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan apakah status cadangan pembinaan
Jalan Pintas Rampaian dan jalan laluan pantai Tuaran-Kudat dan
bilakah projek ini boleh dimulakan.
-
soalan-13.pdf
-
Soalan 13. Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah tatacara pengawalan kepada
kerahsiaan soalan UPSR akan ditambah baik atau menggunakan
tatacara lama yang tidak bersesuaian di era teknologi moden sekarang
berikutan baru-baru ini kertas peperiksaan UPSR telah bocor dan
menyebabkan murid-murid darjah 6 terpaksa mengambil semula ujian
UPSR.
-
soalan-14.pdf
-
Soalan 14. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz
[ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:
(a) setakat manakah tahap perlaksanaan
skim menanam semula pokok buah-buahan dan penstrukturan semula dusun
tradisional dijalankan; dan
(b) berapakah bajet yang diperuntukkan
untuk pemilik dusun tradisional untuk
menggalakkan mereka menanam baka-baka
pokok buah-buahan yang mempunyai harga pasaran yang lebih
tinggi.
-
soalan-10&11.pdf
-
Soalan 10. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan pendirian Kerajaan dalam mengatasi
masalah kekurangan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina
di kawasan Kota Kinabalu yang disokong oleh beberapa pemimpin
kerajaan negeri. Permintaan untuk penambahan tersebut bukan sahaja
datang daripada ibu bapa berbangsa Gina tetapi juga daripada bangsa
lain.
Soalan 11. Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sebab-sebabnya sesetengah pasukan RELA di kawasan
Parlimen Tebrau masih belum dibekalkan uniform baru.
-
soalan-6.pdf
-
Soalan 6. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha Kerajaan untuk
mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang melibatkan
wanita dan kanak-kanak yang semakin berleluasa.
-
soalan-12.pdf
-
Soalan 12. YB PUAN NURUL IZZAH BIN ANWAR (LEMBAH PANTAI) minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
a. Apakah pendirian rasmi kerajaan Malaysia berkenaan hubungan
perdagangan Malaysia dengan Israel; dan
b. Senarai syarikat-syarikat Malaysia yang mengeksport produk-produk
kelapa sawit, getah, koko Malaysia ke Israel, serta jumlah nilai
eksport produk-produk tersebut.
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-50.pdf
-
Soalan 50. Y.B. DATUK IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ [ TANAH MERAH ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang
dilakukan bagi membanteras penyeludupan rokok dan arak yang
dikatakan berleluasa di Tambak Johor dan Bukit Kayu Hitam serta apa pula
tindakan yang diambil ke atas pegawai kastam yang bersekongkol dengan
sindiket.
-
soalan-48.pdf
-
Soalan 48. Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
mengapa Program ljazah Luar Negara (PILN) telah dibatalkan tanpa notis
awam walaupun pengumuman telah dibuat oleh Menteri pada 16 April
2012 bahawa biasiswa ini boleh dipohon oleh pelajar-pelajar yang tidak
ditaja di bawah "bursary".