File PDF document soalan-28.pdf
Soalan 28. DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM [PERMATANG PAUH] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kerajaan setakat ini untuk merapatkan jurang kesenjangan pendapatan yang semakin melebar dan mencapai pendapatan per kapita GNI USD15,000 menjelang 2020 memandangkan kira-kira 30% daripada isi rumah masih berpendapatan kurang dari RM3000.
File PDF document soalan-27.pdf
Soalan 27. Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai sebarang perancangan untuk membina taska atau rumah asuhan kanak-kanak di semua jabatan Kerajaan sebagai satu kaedah untuk membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat pada waktu ini. Atau sebarang perancangan lain bagi mengurangkan kos asuhan anak-anak.
File PDF document soalan-26.pdf
Soalan 26. Y.B. DR. HAJJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA.] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejayaan-kejayaan 1MDB semenjak ditubuhkan dan apakah kesan jangka masa panjang spesifik yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.
File PDF document soalan-25.pdf
Soalan 25. TUAN HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU - BN ] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah kemajuan dan pencapaian terkini Parlimen Selia yang diwujudkan oleh Kementerian tidak lama dahulu.
File PDF document soalan-24.pdf
Soalan 24. Dato" Johari bin Abdul [Sungai Petani] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sehingga Ogos 2014 dalam pengetahuan Kementerian berapakah jumlah ahli Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS), Pasukan Peronda Sukarela Kedah yang didaftarkan; dan (b) apakah perbezaan di antara Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang yang dikaitkan dengan DAP dengan Pasukan di Kedah yang dikaitkan dengan MCA.
File PDF document soalan-23.pdf
Soalan 23. YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan: a) berapakah jumlah program "Doktor Bersama Rakyat" yang telah dianjurkan oleh Kementerian yang mengambil kira faktor kesusahan masyarakat yang setempat untuk ke klinik yang berhampiran; dan b) adakah keperluan I kelengkapan yang diperlukan oleh seseorang doktor itu mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab terutamanya di kawasan klinik-klinlk desa. itu mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab terutamanya di kawasan klinik-klinlk desa.
File PDF document soalan-22.pdf
Soalan 22. Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa janji beliau untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 masih belum terlaksana dan terdapat kenyataan bercanggah daripada ahli Kabinet yang lain.
File PDF document soalan-19&20&21.pdf
Soalan 19. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan SK Tanjong baru untuk menggantikan sekolah yang sedia ada kerana kesan hakisan oleh Sungai Limbang yang semakin teruk. Soalan 20. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan kerajaan pusat bersedia membelanjakan RM2 bilion membina lapangan terbang di Sidam, Kedah tetapi pada masa sama tidak rela menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Adakah projek baru di Sidam akan menjadi projek gajah putih sebagaimana Lapangan Terbang Melaka bernilai RM250 juta. Soalan 21. Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan adakah dana Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia bagi menyelenggarakan dan membaik pulih rumah kos rendah akan diperluaskan kepada pemohon di seluruh negara khususnya di negeri Kedah.
File PDF document soalan-18.pdf
Soalan 18. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan maklum balas pihak Kementerian terhadap laporan yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia sebagai antara pusat penyeludupan manusia terburuk di dunia.
File PDF document soalan-17.pdf
Soalan 17. Datuk Rozman bin lsli [ Labuan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kementerian bersedia untuk mengisikan subjek pengetahuan asas agama Islam sebagai subjek wajib diambil oleh pelajar Islam di Malaysia. Kefahaman yang lebih baik terhadap agama ini oleh pendidikan berbagai kaum akan memberi kesan positif kepada perpaduan negara.