Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-19&20&21.pdf

Soalan 19. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan pembinaan SK Tanjong baru untuk menggantikan sekolah yang sedia ada kerana kesan hakisan oleh Sungai Limbang yang semakin teruk. Soalan 20. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan alasan kerajaan pusat bersedia membelanjakan RM2 bilion membina lapangan terbang di Sidam, Kedah tetapi pada masa sama tidak rela menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Adakah projek baru di Sidam akan menjadi projek gajah putih sebagaimana Lapangan Terbang Melaka bernilai RM250 juta. Soalan 21. Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan adakah dana Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia bagi menyelenggarakan dan membaik pulih rumah kos rendah akan diperluaskan kepada pemohon di seluruh negara khususnya di negeri Kedah.

Download soalan-19.pdf — 374 KB

Filed under: aviation