-
soalan-17&18.pdf
-
Soalan 17. YB TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS [
ROMPIN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) usaha-usaha yang diambil oleh pihak Koridor Wilayah Timur
(ECER) dalam menarik pelaburan luar ke kawasan Rompin
dalam bidang perindustrian untuk memberi peluang pekerjaan
dan menjana ekonomi setempat; dan
(b) memaklum projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di
dalam kawasan Parlimen Rompin di bawah ECER.
Soalan 18. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang
menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam
negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka
berkhidmat sebelum ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-54&55.pdf
-
Soalan 54. YB TUAN CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH (SETIU) minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengurangkan import
produk Israel dan sekutunya serta menggantikan produk-produk tersebut
dengan barangan keluaran tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap produk-produk import.
Soalan 55. Y.B. DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM [ KUBANG PASU ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan mengenai DPN apakah dasar berkenaan telah
dapat diimplementasikan sejak ianya diwujudkan dan apakah kekangan di
dalam pelaksanaannya selain itu apakah wujudnya PR1MA merupakan
saingan kepada DPN kerana PR1MA lebih bersifat komersial.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-44&45.pdf
-
Soalan 44. Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
bilangan penerima, pelbagai jenis bantuan dan amaun dana yang dilulus dan diagihkan (berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan) oleh Kerajaan untuk membantu individu usahawan dan
syarikat mengikut kaum dan industri bagi tempoh 2012- 2014 serta langkah-langkah konkrit untuk memastikan lebih banyak berjaya diluluskan dan lebih ramai lagi Bumiputera menerimanya.
Soalan 45. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada usaha 1Malaysia telah gagaI kerana Kerajaan gagal menyekat pembiakan kumpulan-kumpulan pelampau
kaum dan agama.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-47.pdf
-
YB TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara teliti (pecahan dalam peratusan) penggunaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak RM1.7 bilion yang diminta oleh s arikat PROTON dan sama ada Kerajaan akan meluluskan dana tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-13.pdf
-
DATUK JUSLIE BIN AJIROL [LIBARAN]
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan faktor Malaysia tersenarai dalam 20 negara paling berdaya
saing dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang dikeluarkan
Forum Ekonomi Dunia pada 3 September 2014.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-11.pdf
-
Y.B DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan
b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran isu MH370 dan
MH17.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-41.pdf
-
YB. TUAN WONG CHEN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
a) adakah Kerajaan telah mendapatkan nasihat daripada firma undangundang perdagangan antarabangsa bereputasi, seperti White & Case,
dalam perundingan Perkongsian Trans Pasifik (TPPA); dan
b) berapakah jumlah peguam daripada Kementerian atau Kementerian lain
yang terlibat sepenuh masa dalam perundingan TPPA.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-28 Parliamentary Replies
-
soalan-55.pdf
-
YB. DATO' NORAINI BINTI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang
diambil oleh Kerajaan untuk memastikan sektor swasta di Malaysia telah
bersedia menyahut peluang dan cabaran pewujudan ASEAN Economic
Community (AEC) pada tahun 2015.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-29.pdf
-
YB. TUAN V. SIVAKUMAR minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan secara terperinci
mengenai Dana Usahawan Muda di bawah SME Bank yang dilancarkan
pada bulan Februari 2013. Setakat ini berapakah jumlah yang
dipinjamkan kepada usahawan belia berdasarkan kaum dari tarikh dana
itu dilancarkan sehingga kini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-28.pdf
-
YB. TUAN WONG CHEN [KELANA JAYA] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penasihat
layak (cleared advisors) yang telah dilantik sehingga kini untuk
membantu dan memudahkan perundingan Perkongsian Trans Pasifik
(TPPA) dan adakah terdapat GLCs atau GLICs yang telah menghantar
penasihat untuk membantu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies