File PDF document soalan-26.pdf
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan warga Malaysia yang didakwa di bawah Akta Hasutan sejak tahun 2009.
File PDF document soalan-24&25.pdf
Soalan 24. Tuan Su Keong Siong [lpoh Timor] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan. Adakah YAB Perdana Menteri berhasrat menunaikan janji yang dibuat pada tahun 2012. Soalan 25. YB. DATO' OTHMAN BIN AZIZ (JERLUN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah kesediaan pengguna dan syarikat konsesi tol bagi cadangan pelaksanaan kutipan tol melalui sistem elektronik sepenuhnya dan bilakah sistem ini mampu dijalankan bagi mempercepatkan urusan pembayaran tol sekali gus mampu mengurangkan kadar kesesakan di plaza tol.
File PDF document soalan-23.pdf
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan : (a) Jumlah penglibatan syarikat yang membekalkan susu 1 Malaysia ke sekolah-sekolah di seluruh negara serta kriteria pemilihan syarikat pembekal tersebut; dan (b) Sejauh mana pemantauan kawalan mutu susu yang dibekalkan dan dari negara manakah ianya diperoleh, dan senaraikan kes keracunan yang pernah berlaku di sekolah yang terlibat akibat daripada penggunaan susu tersebut.
File PDF document soalan-22.pdf
Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KUALA LANGAT ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang diambil kerajaan untuk memastikan penjawat awam tidak terbeban di atas perlaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada April 2015.
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) bilakah Kerajaan berhasrat membentangkan Laporan lengkap Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah yang tempoh tamat siasatannya berakhir pada 21 Mei 2014 yang lalu; dan (b) adakah Kerajaan merasakan siasatan ini belum lengkap dan sempurna dan satu tarikh baru diperlukan untuk melanjutkan siasatan. Soalan 21. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) apakah faktor yang menyebabkan MAS (Malaysia Airlines Systems) menghentikan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa Palawan Phillipines-Kota Kinabalu; dan (b) adakah ianya disebabkan oleh kegagalan promosi MAS bagi laluan ini.
File PDF document soalan-19.pdf
YB. lr. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan program Pengalaman Homestay Malaysia di Wilayah Utara, berapakah jumlah pelancong yang telah mengikuti program ini dan perancangan masa hadapan Kementerian untuk terus memajukan industri inap desa khususnya di Wilayah Utara.
File PDF document soalan-17.pdf
Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan unit dan peratus skim amanah saham di bawah PNB mengikut kaum pada akhir tahun 1990, 2000, 2008, 2010 dan 2013 serta bilangan dan peratus syarikat yang PNB mempunyai kawalan pengurusan (management control).
File PDF document soalan-16.pdf
YB. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk insentif yang boleh diberikan oleh Kementerian kepada pengusaha- pengusaha pelancongan tempatan untuk menawarkan pakej "Halal Cruise Tourism" sebagai satu "niche marketing" untuk menarik pelancong-pelancong yang beragama Islam dan pasaran Timur Tengah.
File PDF document soalan-15.pdf
Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah wujud satu sistem kuota yang dikenakan kepada majikan di mana-mana sektor untuk mempergunakan khidmat pekerja asing terutama dalam sektor perkhidmatan seperti stesen minyak, kedai-kedai 24 jam, kawalan keselamatan dan lain-lain.
File PDF document soalan-14.pdf
DATO' MANSOR BIN OTHMAN [ NIBONG TEBAL ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup dalam mengawal harga dan keberkesanannya setakat ini.
File PDF document soalan-13.pdf
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah prosedur penggubalan soalan- soalan peperiksaan awam di negara ini serta jaminan integriti dan keselamatan kertas-kertas soalan.
File PDF document soalan-12.pdf
YB Tuan Julian Tan Kok ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan serta servis di Hospital Umum Kuching Sarawak, serta peralatan dan servis yang mereka bekalkan. Senaraikan jumlah pembelian ataupun pembayaran kepada syarikat yang disenaraikan dari tahun 2000 sehingga sekarang.
File PDF document soalan-11.pdf
Y.B DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan: a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran isu MH370 dan MH17.
File PDF document soalan-48.pdf
Dato' Seri Abdul Hadi Bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini.
File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-52.pdf
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengenai nisbah pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja berasaskan kepada 1000 pekerja terutamanya di tapak pembinaan. Apakah langkah- langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diambil oleh DOSH bagi memantau dan menguatkuasakan AKKP 1994 di kalangan pekerja-pekerja di kilang eletronik. Sejak tahun 201 0 berapakah bilangan mereka yang melakukan yang melakukan kesalahan di bawah AKKP 1994 dan diambil tindakan.
File PDF document soalan-54.pdf
Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan: (a) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah atau menaikkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan Projek Jalan Kampung Jalan Perhubungan Desa untuk Parlimen Bintulu terutamanya kawasan Suai dan Niah yang jaraknya melebihi 5km panjang; dan (b) adakah pihak Kementerian membuat kajian terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan ini atau berdasarkan kepada faktor yang lain.
File PDF document soalan-53.pdf
TUAN SIM CHEE KEONG (BUKIT MERTAJAM) minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik anak muda "Not In Education, Employment or Training" (NEET) mengikut kumpulan kumpulan umur sehingga 40 tahun, pecahan negeri, jantina, kumpulan etnik dan tahap pendidikan.
File PDF document soalan-51.pdf
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelbagai subsidi serta jumlah yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat setiap tahun bermula daripada tahun 1965 hingga sekarang dan sampai bilakah Kerajaan dapat melaksanakan subsidi tersebut.
File PDF document soalan-48.pdf