Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home / Collections / Core International Human Rights Instruments / Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women

Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women

Malaysian Parliamentary Replies related to Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW)
File PDF document Soalan 53
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] meminta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berniat untuk meminda Kanun Keseksaan untuk mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri (marital rape) dan sekiranya ya, nyatakan bila.
File PDF document Soalan 61
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah orang yang didakwa di bawah Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sama ada Kerajaan merancang untuk menggubal undang-undang supaya suami/isteri boleh didakwa di bawah Seksyen 375 KK.
File PDF document Soalan 21
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah jenayah seksual yang dilaporkan pada tahun 2014 mengikut pecahan negeri, kaum, umur mangsa dan pemangsa. Nyatakan jumlah kes tersebut yang dibawa ke mahkamah dan jumlah kes yang telah disabitkan kesalahan.
File PDF document Soalan 229
Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah bilangan kes rogol dan kes incest (sumbang mahram) dari tahun 2000 hingga 2015 dan apakah langkah Kerajaan untuk membanteras jenayah-jenayah yang menjijikkan ini.
File PDF document Soalal 17
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [Pengerang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab pengecualian dalam Seksyen 375 Kanun Keseksaan, iaitu suami tidak boleh didakwa merogol isterinya, masih belum digugurkan daripada definisi rogol, memandangkan golongan wanita sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga dipaksa supaya melakukan hubungan seks dan ini adalah satu kesalahan yang serius.
File PDF document Soalan 217
Puan Kasthuriraani a/p Patto [ BatuKawan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :(a) bagaimana PDRM memberi perlindungan saksi atau sokongan bagi mangsa rogol atau mangsa keganasan rumahtangga dari peringkat permulaan hingga akhir proses perbicaraan; dan (b) bilangan kes yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh PDRM serta jenis sokongan yang telah diberikan mengikut negeri dari tahun 2008 hingga kini.
File PDF document Soalan 289
Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan perkembangan dalam pembangunan wanita serta pencapaian dan kelemahannya.
File PDF document Soalan 60
Tuan Sim Chee Keong Bukit Mertajam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bagi tahun 2012 dan 2013 kes keganasan rumah tangga, rogol, cabul kehormatan, sumbang mahram (incest) dan liwat mengikut pecahan negeri, serta umur dan jantina kedua-dua mangsa dan si pelaku.
File PDF document Soalan 38
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes rogol dan gangguan seksual sejak tahun 2005, orang yang didakwa, dan jumlah orang yang dihukum untuk kesalahan tersebut.
File PDF document par14p2m3-soalan-BukanLisan-473.pdf
Puan Kasthuriraani Patto Batu Kawan minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah kes jenayah seksual rogol, sumbang mahram, pencabulan, Iiwat, gangguan seksual dan keganasan rumahtangga yang dilaporkan dari tahun 2014 hingga kini mengikut pecahan negeri serta pecahan umur, kaum, jantina dan apakah hubungan di antara pelaku dan mangsa.

Document Actions