-
soalan-23&24.pdf
-
Soalan 23. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai penumpang VIP dalam pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos 2014 untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia serta tujuan penerbangan tersebut dan butiran penerbangan tersebut kos secara terperinci untuk keseluruhan penerbangan tersebut.
Soalan 24. TUAN GOOI HSIO-LEUNG [ ALOR SETAR] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan status siasatan Kerajaan ke dalam
kemalangan MH17, iaitu sama ada pelaku yang menembak jatuh
pesawat itu telah dikenal pasti, dan apakah tindakan undang-undang
yang boleh diambil terhadap pelaku.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-29.pdf
-
Y.B. TAN SRI DATo• SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah jaminan yang akan diberi oleh Kerajaan bahawa penggunaan dana awam bernilai RM6 bilion dalam Pelan Pemulihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan dibentangkan secara terperinci da:am Parlimen serta akan membuahkan hasil seperti yang dijanjikan menjelang 2017 tanpa perlu suntikan dana baharu dan bukannya .. bailout" yang hanya menguntungkan kroni.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-35.pdf
-
YB TUAN R. SIVARASA (SUBANG) Minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan adakah pihak Tentera Udara di Gong Kedak atau pengkalan lain, selepas menemui pesawat MH370 (atau satu pesawat yang tidak dikenali) masih terbang pada ketinggian 30,000 kaki pada jam 2.40 pagi 8 Mac 2014 dekat Pulau Perak dalam radar mereka, menghubungi Jabatan Penerangan Awam Malaysia (DCA) atau KLATCC, dan jika ada, pada jam berapa, dan apakah
tindak balas daripada DCA atau KLATCC.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-33.pdf
-
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk
membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau
ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya
perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa
terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-30&31.pdf
-
Soalan 30. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM
dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan rasuah wang kurang
daripada RM1 000.
Soalan 31. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan tentang langkah kerajaan dalam
mengawal taktik penipuan (Hidden Agenda} yang dikenakan
terhadap penumpang kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan
Awam di Negara ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-32&33.pdf
-
Soalan 32. Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PERMATANG PAUH ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus
dengan lebih cekap; dan
b) adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji fuel ancj__2il expenditure
yang menyumbang 36% kepada jumlah perbelanjaan MAS, dan apakah
jaminan kepentingan pekerja MAS dilindungi.
Soalan 33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan
dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang
diambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan
lain.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-20.pdf
-
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa
cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh
Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu
percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-52&53.pdf
-
Soalan 52. YB Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
a. adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap kilang pengusaha minyak
masak tempatan memandangkan isu minyak kitar semula diguna
untuk memproses minyak masak semakin hangat di luar negara;
dan
b. apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan jaminan
kualiti keselamatan minyak masak di pasaran.
Soalan 53. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih
menggunakan "Offline Interpol Data System" yang lama serta bilakah
Kementerian akan menaik tarat sistem tersebut kepada pangkalan
data "lnterpols Stolen & Lost Travel Documents (STLD)" bagi tujuan
meningkatkan kawalan keselamatan penerbangan di Malaysia.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-30 Parliamentary Replies
-
soalan-19&20&21.pdf
-
Soalan 19. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan
pembinaan SK Tanjong baru untuk menggantikan sekolah yang sedia
ada kerana kesan hakisan oleh Sungai Limbang yang semakin teruk.
Soalan 20. Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan alasan kerajaan pusat bersedia membelanjakan RM2 bilion
membina lapangan terbang di Sidam, Kedah tetapi pada masa sama
tidak rela menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Adakah projek baru di Sidam akan menjadi projek gajah putih
sebagaimana Lapangan Terbang Melaka bernilai RM250 juta.
Soalan 21. Y.B. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [ JERLUN ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan adakah dana Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia bagi
menyelenggarakan dan membaik pulih rumah kos rendah akan
diperluaskan kepada pemohon di seluruh negara khususnya di negeri
Kedah.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-10 Parliamentary Replies