File PDF document soalan-52.pdf
VB DATO' HAJIIRMOHIZAM BIN HAJIIBRAHIM (KUALA SELANGOR) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan : (a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengelakkan masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan anggota dan pegawai yang berkhidmat di luar negeri; dan (b) sejauh manakah tindakan lanjut Kerajaan terhadap mereka yang tanggungjawab gagal melaksanakan termasuk ditetapkan.
File PDF document soalan-54.pdf
Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari yang diamalkan oleh kedua Perdana Menteri sebelum beliau masih dititikberatkan dalam seluruh jentera Kerajaan khususnya dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.
File PDF document soalan-51.pdf
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menangani masalah Kad Pengenalan palsu serta Kad Pengenalan diambil secara tidak sah. Adakah Kerajaan berhasrat untuk mengeluarkan membatalkan semula, semua khususnya Kad Pengenalan memandangkan dan kes-kes mengancam keselamatan rakyat yang telah berlaku di Pantai Timur Sabah pada tahun 2014.
File PDF document soalan-49.pdf
Y .B. DATO SERI REEZAL ME RICAN BIN NAINA ME RICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai status semasa kerangka perundangan penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti (crowdfunding atau ECF) yang boleh membantu usahawan kecil dan sederhana. TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY [ KAPAR] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan terkini untuk 471 projek yang diluluskan oleh Kementerian tahun ini dengan peruntukan sejumlah RM4.11 billion setakat ini, dengan menyatakan butiran projek, dana yang diluluskan, tarikh mula dan tamat projek tersebut, serta nama kontraktor yang berjaya memperoleh projek tersebut bagi setiap 471 projek secara terperinci.
File PDF document soalan-48.pdf
TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan syarikat-syarikat yang telah di senarai pendek untuk mendapat tender melaksanakan pengubahsuaian sistem pam petrol di seluruh negara berikutan keputusan rasionalisasi subsidi minyak mengikut pendapatan dan jumlah bayaran kepada syarikat-syarikat ini serta siapa yang menanggung kos ini.
File PDF document soalan-47.pdf
Y.B. DATO HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM [ BALING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemansuhan skim pinjaman perumahan kakitangan kerajaan dan kesan kepada penjawat awam di Malaysia.
File PDF document soalan-46.pdf
TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ALOR SETAR] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan butir-butir terbaru penyusunan semula korporat yang akan dilaksanakan oleh BERNAS sejak ia dinyahsenaraikan daripada BURSA Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa perubahan dalam lembaga pengarah, pemegang saham, dan bilakah ia akan disenaraikan semula dalam bursa saham.
File PDF document soalan-44&45.pdf
Soalan 44. Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penerima, pelbagai jenis bantuan dan amaun dana yang dilulus dan diagihkan (berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan) oleh Kerajaan untuk membantu individu usahawan dan syarikat mengikut kaum dan industri bagi tempoh 2012- 2014 serta langkah-langkah konkrit untuk memastikan lebih banyak berjaya diluluskan dan lebih ramai lagi Bumiputera menerimanya. Soalan 45. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada usaha 1Malaysia telah gagaI kerana Kerajaan gagal menyekat pembiakan kumpulan-kumpulan pelampau kaum dan agama.
File PDF document Soalan 43
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab anak-anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) "1MDB Real Estate Sdn Bhd dan 1MDB Energy Langat" masih belum memfailkan penyata kewangan untuk 31 Mac 2013. Bilakah syarikat-syarikat ini akan memfailkan akaun mereka untuk tahun 2013 dan 2014.
File PDF document soalan-38.pdf
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci terkini cadangan pembinaan stesen penjana kuasa elektrik nuklear yang akan dibina di Malaysia serta lokasi-lokasi yang dicadangkan.
File PDF document soalan-41.pdf
Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pampasan yang diberikan kepada syarikat-syarikat ATES Sdn Bhd dan Bina Tegap Sdn Bhd kerana pembatalan penswastaan AES.
File PDF document soalan-37.pdf
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan samaada Kerajaan berniat untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan supaya tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang ibunya pada masa kelahiran itu seorang warganegara juga berhak untuk menjadi warga Malaysia.
File PDF document soalan-36.pdf
YB LAKSAMANA PERTAMA MOHAMAD IMRAN BIN ABO HAMID (LUMUT) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan mengapa prestasi Hospital Angkatan Tentera Lumut kian merosot di mana Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak dioperasikan kerana kekurangan stat, dan dimaklumkan pakar bius dan doktor pakar yang sangat terhad.
File PDF document soalan-35.pdf
YB TUAN R. SIVARASA (SUBANG) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah pihak Tentera Udara di Gong Kedak atau pengkalan lain, selepas menemui pesawat MH370 (atau satu pesawat yang tidak dikenali) masih terbang pada ketinggian 30,000 kaki pada jam 2.40 pagi 8 Mac 2014 dekat Pulau Perak dalam radar mereka, menghubungi Jabatan Penerangan Awam Malaysia (DCA) atau KLATCC, dan jika ada, pada jam berapa, dan apakah tindak balas daripada DCA atau KLATCC.
File PDF document soalan-34.pdf
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah keputusan, hasil penyiasatan atau rekomendasi Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry) mengenai pendatang asing di negeri Sabah akan dikeluarkan dan adakah Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan semua rekomendasi tersebut.
File PDF document soalan-33.pdf
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran terperinci semua laluan penerbangan yang telah dijalankan oleh pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA milik TUDM dari 1 hingga 15 Ogos 2014, tujuan penerbangan tersebut, senarai penumpang dan butiran kos secara terperinci untuk tempoh tersebut.
File PDF document soalan-30.pdf
YB DATO' HAJI MAHFUZ BIN OMAR (POKOK SENA) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah tarikh siap projek pembinaan Kompleks 7 Briged Kern Skudai Johor.
File PDF document soalan-29.pdf
Y.B. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tujuan Kerajaan menubuhkan lMalaysia Development Berhad (lMDB), kaedah digunakan untuk mengumpul dana, jumlah dana terkini, apakah pencapaian-pencapaiannya dan apakah perbezaan peranan di antara lMDB dengan Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad.
File PDF document Soalan 28
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan bantuan yang telah dan akan dijalankan ke atas isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berdasarkan perincian Kementerian Dalam Negeri bahawa jumlah kanak-kanak tersebut mencecah 14 ribu dari tahun 2013 sehingga April 2014.
File PDF document soalan-27.pdf
Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapa banyak dan jenis-jenis kes pencemaran sungai dan sumber air yang diadukan oleh masyarakat dan berapa kejayaan Kementerian dalam mendakwa dan jenis hukuman yang dikenakan.