File PDF document soalan-59.pdf
Y.B. RAJA DATO KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dalam perancangan menyelamat dan menghidupkan MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) adakah segala hutang-hutang yang masih belum dibayar kepada MAS akan di tuntut dan di umumkan dalam proses tersebut.
File PDF document soalan-58.pdf
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status dan penjelasan terperinci tentang isu penamatan Kerjasama antara Perdana University Graduate School of Medicine dan John Hopkins 'University School of Medicine dan apa rancangan Kementerian untuk menyelia kolej perubatan swasta agar beroperasi berpandukan undang-undang dan kepentingan pelajar dan tenaga pengajar.
File PDF document soalan-57.pdf
VB. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah terdapat perancangan dari pihak Kementerian untuk menggunakan rumah dari bahan binaan IBS yang mengambil masa tiga ke tujuh hari untuk disiapkan sebagai rumah bantuan /gantian jika terjadi kebakaran atau kemusnahan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar agar mereka tidak perlu menunggu lama untuk bantuan rumah gantian dan ia dapat didirikan semula di tapak asal rumah.
File PDF document soalan-56.pdf
Dr. Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah proses pengajaran tahfiz dibiarkan bebas dengan kaedah dan tafsiran yang tiada kurikulum yang berstruktur dan diiktiraf serta apakah statistik kelas tahfiz terkini dan bagaimanakah pemantauannya.
File PDF document soalan-54&55.pdf
Soalan 54. YB TUAN CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH (SETIU) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mengurangkan import produk Israel dan sekutunya serta menggantikan produk-produk tersebut dengan barangan keluaran tempatan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap produk-produk import. Soalan 55. Y.B. DATO' WIRA MOHO JOHARI BIN BAHAROM [ KUBANG PASU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan mengenai DPN apakah dasar berkenaan telah dapat diimplementasikan sejak ianya diwujudkan dan apakah kekangan di dalam pelaksanaannya selain itu apakah wujudnya PR1MA merupakan saingan kepada DPN kerana PR1MA lebih bersifat komersial.
File PDF document soalan-52&53.pdf
Soalan 52. YB Tuan Wan Hasan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dan faedah kepada rakyat Terengganu daripada projek kereta api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun. Soalan 53. Dato' Sri Azalina binti Oato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan Central Security Command Centre di Parlimen Pengerang untuk menyelaras isu-isu keselamatan memandangkan pembangunan pesat di kawasan tersebut turut melibatkan peningkatan populasi penduduk yang ketara serta pelbagai isu keselamatan.
File PDF document soalan-50&51.pdf
Soalan 50. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci sebab mengapa cadangan untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di Pulau Pinang ditolak serta tarikh mula pembinaan sekolah baru bagi SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang. Soalan 51. Y.B. USTAZ DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.
File PDF document soalan-49.pdf
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa kes kecurian kabel telefon di kawasan Manjung yang telah dilaporkan untuk tahun 2009, 2010, 2011,2012,2013 dan 2014 dan kenapa kecurian kabel telefon yang berleluasa ini tidak dapat dibendung.
File PDF document soalan-48.pdf
YB. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sebab sebuah loji tenaga 2,000MW yang hanya perlu dikomisyen pada tahun 2021 telah ditawarkan tanpa sebarang tender terbuka kepada anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1 MDB). Adalah tawaran ini diperlukan untuk membantu 1MDB menyenaraikan anak syarikatnya.
File PDF document soalan-47.pdf
YB Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah lawatan rasmi dan tidak rasmi beliau ke luar negara serta semua kos lawatan tersebut yang ditanggung oleh Kerajaan sejak Mei 2013.
File PDF document soalan-44,45&46.pdf
Soalan 45. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan caj permit kemasukan kenderaan asing (VEP) di pintu masuk sempadan Johor-Singapura dan kadar caj VEP yang akan diguna pakai serta berapakah nisbah keuntungan VEP yang bakal dikongsi oleh Persekutuan dan Negeri Soalan 46. Tan Sri Dato Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan kemajuan terkini bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman tertangguh begitu lama:- a) adakah pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman telah dimasukkan ke dalam Mid Term Review (Kajian Separuh Penggal) RMK 10 atau sebaliknya; dan b) sekurang-kurangnya projek ini diberikan peruntukkan asas di dalam RMK 11.
File PDF document soalan-43.pdf
Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perincian program "English Language Proficiency Teaching" yang dijalankan oleh SMRT Holdings Bhd, Prestariang Bhd dan E-Graduate.net Sdn Bhd, termasuk kos yang terlibat dan bagaimana ia memanfaatkan guru yang dilatih.
File PDF document soalan-42.pdf
YB Dr. Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan a) jumlah anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengikut jabatan, dan kaum warga PDRM; dan b) usaha PDRM dalam merekrut atau mengambil lebih ramai goIongan muda untuk menyertai PDRM, dan juga bagi mengimbangi penyertaan pelbagai kaum, khususnya kaum Cina.
File PDF document soalan-41.pdf
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes jenayah yang melibatkan belia di negara kita dan apakah langkah dalam membendungnya.
File PDF document soalan-40.pdf
Y.B. TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan terdapat berapa buah syarikat berkaitan dengan kerajaan ( GLC ) di bawah Kementerian ini :- a. apakah kedudukan kewangan sepuluh syarikat (GLC) yang tertinggi; dan b. senaraikan program-program dan projek-projek CSR (Corporate Social Responsibilities) oleh syarikat-syarikat (GLC) ini dan di antara syarikat-syarikat ini, berapa buah mencapai keuntungan pada tahun 2013.
File PDF document soalan-38.pdf
Y.B. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai sumber RM6 bilion yang dijangka diperlukan bagi Pelan Pemulihan MAS dan penubuhan sebuah syarikat baharu (NewCo) seperti yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd pada Ogos lalu, memandangkan Khazanah Nasional merupakan entiti milik penuh Kerajaan dan semua ekuitinya dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
File PDF document soalan-39.pdf
Y.B. TUAN JULIAN TAN KOK PING [ STAMPIN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah tiada tindakan segera oleh Bank Negara terhadap syarikat yang telah disenarai hitam di mana syarikat-syarikat tersebut telah pun menerima jutaan duit pelaburan daripada rakyat yang telah menjadi mangsa terutamanya warga emas.
File PDF document soalan-36.pdf
TAN SRI DATO SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan tindakan yang dirangka oleh Kerajaan untuk merapatkan jurang kayamiskin atau ketaksamaan ekonomi antara yang paling teruk di Asia Pasifik, dalam bentuk pekali Gini atau jurang bahagian pendapatan "income earners" antara 20°/o teratas dan terbawah, meskipun Malaysia menjadi negara maju, berpendapatan tinggi dari segi GNI perkapita menjelang 2020.
File PDF document soalan-37.pdf
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran terperinci untuk segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan sepanjang percutian YAB Perdana Menteri di Eropah dari 31 Julai hingga 15 Ogos 2014.
File PDF document soalan-35.pdf
YB Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a)Secara terperinci berapakah jumlah lawatan rasmi atau tidak rasmi isteri Perdana Menteri ke luar negara secara berseorangan (tanpa Perdana Menteri) dan negara-negara yang dilawati serta tujuan-tujuan lawatan itu mengikut tahun sejak Perdana Menteri ditabalkan sebagai Perdana Menteri sehingga September 2014; dan (b)Berapakah jumlah kos yang dibelanjakan mengikut lawatan dan minta diperincikan setiap satu lawatan tersebut.