-
soalan-25.pdf
-
DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR
[ KULIM BANDAR BAHARU - BN ] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN
menyatakan sejak belakangan ini,
banyak persatuan sukan di Malaysia telah berlaku pergolakan dalaman
sehingga menjejaskan persediaan atlet. Apakah sebab insiden ini
berlaku dan nyatakan tindakan susulan Kementerian dalam membendung masalah ini.
-
soalan-24.pdf
-
YB Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang diambil untuk
meningkatkan penerangan kepada masyarakat mengenai penyakit denggi
yang kian menular di Negara kita.
-
soalan-23.pdf
-
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi bagi meningkatkan
ranking universiti awam di Malaysia dan apa pula langkah bagi
memantau kualiti kolej dan universiti swasta di Malaysia.
-
soalan-22.pdf
-
YB DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah rancangan SPAD untuk memperbaiki sistem
pengangkutan awam di Daerah Manjung, Perak yang sekarang
perkhidmatan bas awamnya beroperasi tidak mengikut jadual dan tidak
memberikan khidmat ke banyak lokasi dalam Daerah Manjung.
-
soalan-20.pdf
-
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa
cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh
Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu
percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
-
soalan-21.pdf
-
YB. TUAN KHOO SOO SEANG (TEBRAU) minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan berapakah anggaran kutipan tahunan di CIQ
Johor Bahru. Adakah ia mencukupi untuk menampung bayaran
kepada pihak konsesi yang membina Eastern Dispersal Link (EDL)
serta impaknya terhadap ekonomi negeri Johor dan negara secara
jangka pendek dan panjang.
-
soalan-17&18.pdf
-
Soalan 17. YB TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS [
ROMPIN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) usaha-usaha yang diambil oleh pihak Koridor Wilayah Timur
(ECER) dalam menarik pelaburan luar ke kawasan Rompin
dalam bidang perindustrian untuk memberi peluang pekerjaan
dan menjana ekonomi setempat; dan
(b) memaklum projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di
dalam kawasan Parlimen Rompin di bawah ECER.
Soalan 18. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang
menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam
negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka
berkhidmat sebelum ini.
-
soalan-19.pdf
-
Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan status keselamatan, sosial dan ekonomi
negara setakat ini dan dengan itu adakah negara kita dapat
mencapai status negara maju sebelum atau menjelang Tahun 2020.
-
soalan-16.pdf
-
Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
digubal pada awal kemerdekaan negara telah memenuhi matlamatnya.
Oleh kerana negara telah membangun dan kehidupan rctkyat telah
berubah, bersediakah Kementerian mengkaji semula Sistem Pendidikan
Negara agar jika dahulunya kita mahu melahirkan insan yang berilmu
dan berkemahiran, kini kita mahu lahirkan insan 'Berilmu, Beriman dan
Berakhlak'
-
soalan-15.pdf
-
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom
[ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR menyatakan tentang wujudnya bahan gal ian seperti em as,
perak, timah atau uranium yang ada di Malaysia. Sila sebutkan
penemuan terbaru untuk bahan-bahan galian berkenaan dan di negeri
manakah yang ditemui. Apakah prospek bagi menjana pendapatan
kerajaan terhadap bahan-bahan galian tersebut untuk jangka pendek
dan jangka panjang.
-
soalan-13.pdf
-
DATUK JUSLIE BIN AJIROL [LIBARAN]
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan faktor Malaysia tersenarai dalam 20 negara paling berdaya
saing dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang dikeluarkan
Forum Ekonomi Dunia pada 3 September 2014.
-
soalan-14.pdf
-
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN-PAS]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah ada garis
panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai
pertandingan.
-
soalan-12.pdf
-
Y.B. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sama ada Kementerian mengambil perhatian terhadap situasi di
mana bilangan pelajar imigran melebihi pelajar tempatan di
sesetengah sekolah di Sabah, contohnya di SK Pekan Kinarut,
Papar; dan
(b) berikan statistik atau data. berkenaan. dan apakah langkah bagi
menangani keadaan sebegini.
-
soalan-11.pdf
-
YB Dato' Henry Sum Agong [ Lawas] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilakah Klinik 1Malaysia diadakan di Lawas?
-
soalan-9.pdf
-
Y. B. TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara
RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara
hidup pada masa kini.
-
soalan-10.pdf
-
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan
keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu
mengikut jadual.
-
soalan-8.pdf
-
YB. TUAN R. SIVARASA [ SUBANG] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
adakah Kementerian bercadang mengkaji semula dasar yang memberi
kuota Feed-in-Tariff yang besar dan untung lumayan kepada pelabur
besar dan tidak mengutamakan pelabur individu dalam penggunaan
Renewable Energy Fund yang dikendalikan oleh Sustainable Energy
Development Authority (SEDA) Malaysia.
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-60&61.pdf
-
Soalan 60. Y.B. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [ SIPITANG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan tindakan diambil untuk
membanteras kegiatan penyeludupan yang banyak dilaporkan, sehingga
menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan.
Soalan 61. DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk
menyelesaikan masalah takungan air di tapak landasan dan
hentian pesawat-pesawat- Laparlgan Terbang Kuala Lumpur 2
(KLIA2) yang berkemungkinan membawa bahaya; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik
taraf atau melebarkan laluan pejalan kaki di sepanjang balai
berlepas KLIA2 memandangkan selalu menyebabkan kesesakan
kepada para pengguna dan adakah ia menepati piawaian pihak
Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
-
soalan-62.pdf
-
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kedudukan
universiti tempatan dalam ranking universiti dunia ketika ini dan apakah
langkah yang diambil oleh Kementerian dalam meningkatkan kualiti
universiti tempatan di peringkat global.