File PDF document soalan-20.pdf
File PDF document soalan-19.pdf
File PDF document soalan-18.pdf
File PDF document soalan-17.pdf
File PDF document soalan-13.pdf
File PDF document soalan-16.pdf
File PDF document soalan-15.pdf
File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-12.pdf
File PDF document soalan-7.pdf
File PDF document soalan-56.pdf
Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 bagi menepati janji Perdana Menteri sebagai satu langkah transformasi politiknya.
File PDF document soalan-55.pdf
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan yang telah berpencen tetapi disambung semula perkhidmatan mengikut bidang kepakaran, Kementerian dan agensi, tangga gaji, elaun dan manfaat yang diberikan serta tempoh masa kontrak perkhidmatan.
File PDF document soalan-53&54.pdf
Soalan 53. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kewujudan gelandangan dikatakan mengganggu persekitaran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya utama negara dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh Kerajaan pada tahun 2013 terhadap golongan peminta sedekah yang dikhuatiri berpendapatan lumayan hampir setiap bulan dan apakah tindakan terhadap mereka yang telah ditangkap. Soalan 54. Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan apakah status dan perkembangan pembinaan pangsapuri kos rendah di Taman Pelangi Parlimen Batu yang telah lebih sepuluh (1 0) tahun melebihi jangka masa pembinaan.
File PDF document soalan-52.pdf
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status yang terkini cadangan pembinaan "pipeline" yang menghantar gas LNG dari kawasan barat Sabah sehingga kawasan timur Sabah di Sandakan. Adakah cadangan pembinaan loji penjanaan kuasa LNG di Sandakan masih berterusan.
File PDF document soalan-51.pdf
Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar peratusan pekerja mahir, separa mahir dan tidak mahir dalam pasaran pekerjaan di Malaysia sehingga Mac 2014 dan pecahan pekerja-pekerja asing dalam kategori-kategori ini.
File PDF document soalan-50.pdf
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan bagaimanakah pemilihan dan apakah peranan ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Adakah wujudnya cadangan untuk diadakan pemilihan ahli-ahli lembaga penasihat melalui Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.
File PDF document soalan-49.pdf
Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sektor-sektor manakah di Malaysia yang menggunakan bio diesel secara meluas dan apakah cabaran yang bakal dihadapi oleh sektor-sektor baru yang ingin menggunakan bio diesel secara komersial.
File PDF document soalan-48_answer-part2.pdf
TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya mengapa.
File PDF document soalan-48.pdf
TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya mengapa.
File PDF document soalan-47.pdf
YB. TUAN LIM KIT SIANG [ GELANG PATAH ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada projek penambakan laut 5000 ekar di Selat Johor untuk projek Forest City oleh Country Garden Holdings dirancang dan dilaksanakan mengikut Pelan Pembangunan Bersepadu Iskandar Malaysia, tarikh bilakah IRDA memberi kebenaran dan impak positif dan negatif terhadap masyarakat setempat.