-
soalan-52.pdf
-
VB DATO' HAJIIRMOHIZAM BIN HAJIIBRAHIM (KUALA SELANGOR) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :
(a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk mengelakkan masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan anggota
dan pegawai yang berkhidmat di luar negeri; dan
(b) sejauh manakah tindakan lanjut Kerajaan terhadap mereka yang tanggungjawab gagal
melaksanakan termasuk ditetapkan.
-
soalan-54.pdf
-
Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari
yang diamalkan oleh kedua Perdana Menteri sebelum beliau masih
dititikberatkan dalam seluruh jentera Kerajaan khususnya dalam
menangani rasuah dan salah guna kuasa.
-
soalan-51.pdf
-
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah
Kerajaan untuk menangani masalah Kad Pengenalan palsu serta
Kad Pengenalan diambil secara tidak sah. Adakah Kerajaan
berhasrat untuk mengeluarkan membatalkan semula, semua
khususnya Kad Pengenalan memandangkan dan kes-kes
mengancam keselamatan rakyat yang telah berlaku di Pantai Timur
Sabah pada tahun 2014.
-
soalan-49.pdf
-
Y .B. DATO SERI REEZAL ME RICAN BIN NAINA ME RICAN [ KEPALA BATAS ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai status
semasa kerangka perundangan penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti
(crowdfunding atau ECF) yang boleh membantu usahawan kecil dan
sederhana.
TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY [ KAPAR] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan perkembangan terkini untuk 471 projek yang diluluskan oleh
Kementerian tahun ini dengan peruntukan
sejumlah RM4.11 billion setakat ini, dengan menyatakan butiran projek,
dana yang diluluskan, tarikh mula dan tamat projek tersebut, serta nama
kontraktor yang berjaya memperoleh projek tersebut bagi setiap 471
projek secara terperinci.
-
soalan-48.pdf
-
TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan syarikat-syarikat yang telah di senarai
pendek untuk mendapat tender melaksanakan pengubahsuaian sistem
pam petrol di seluruh negara berikutan keputusan rasionalisasi subsidi
minyak mengikut pendapatan dan jumlah bayaran kepada syarikat-syarikat ini serta siapa yang menanggung kos ini.
-
soalan-47.pdf
-
Y.B. DATO HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM [ BALING ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemansuhan skim
pinjaman perumahan kakitangan kerajaan dan kesan kepada penjawat
awam di Malaysia.
-
soalan-46.pdf
-
TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ALOR SETAR] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan butir-butir terbaru penyusunan semula korporat yang akan dilaksanakan oleh BERNAS
sejak ia dinyahsenaraikan daripada BURSA Malaysia, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa perubahan dalam lembaga pengarah, pemegang
saham, dan bilakah ia akan disenaraikan semula dalam bursa saham.
-
soalan-44&45.pdf
-
Soalan 44. Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
bilangan penerima, pelbagai jenis bantuan dan amaun dana yang dilulus dan diagihkan (berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan) oleh Kerajaan untuk membantu individu usahawan dan
syarikat mengikut kaum dan industri bagi tempoh 2012- 2014 serta langkah-langkah konkrit untuk memastikan lebih banyak berjaya diluluskan dan lebih ramai lagi Bumiputera menerimanya.
Soalan 45. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada usaha 1Malaysia telah gagaI kerana Kerajaan gagal menyekat pembiakan kumpulan-kumpulan pelampau
kaum dan agama.
-
Soalan 43
-
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab anak-anak syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) "1MDB Real Estate Sdn Bhd dan 1MDB
Energy Langat" masih belum memfailkan penyata kewangan untuk 31 Mac
2013. Bilakah syarikat-syarikat ini akan memfailkan akaun mereka untuk
tahun 2013 dan 2014.
-
soalan-38.pdf
-
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan secara terperinci terkini
cadangan pembinaan stesen penjana kuasa elektrik nuklear yang akan dibina di
Malaysia serta lokasi-lokasi yang dicadangkan.