File PDF document soalan-32.pdf
YB. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kementerian menyediakan penerangan atau syarat-syarat tertentu kepada pelancong asing agar mereka mesti menjaga ketenteraman dan kesopanan di dalam negara.
File PDF document soalan-31.pdf
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa banyakkah perbelanjaan untuk mengurangkan banjir di kawasan Kuala Lumpur semenjak tiga tahun yang lalu. Adakah pihak kementerian menjalankan tinjauan berkesan terhadap perbelanjaan untuk mengurangkan banjir.
File PDF document soalan-28,29&30.pdf
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan (b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat. Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas. Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan (b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang lagi.
File PDF document soalan-27.pdf
Dato' Haji lrmohizam bin Haji Ibrahim minta MENTERI INDUSTRI ASAS PERTANIAN TANI DAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengelakkan aktiviti bom ikan seperti yang berlaku di perairan Semporna di mana dua bot pam ditahan dan mendapati suspek menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan basah.
File PDF document soalan-26.pdf
Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar dimansuhkan dan sekiranya benar bila.
File PDF document soalan-25.pdf
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman minta MENTERI INDUSTRI ASAS PERTANIAN TANI DAN menyatakan adakah terdapat perancangan Kementerian untuk membenarkan syarikat tempatan dan syarikat luar negara bekerjasama secara terus_apabila kriteria yang ketat dikenakan untuk permit vesel laut dalam kepada syarikat tempatan yang berminat untuk menggunakan khidmat vesel milik asing memandangkan harga kos yang agak tinggi untuk syarikat tempatan memiliki kapalkapal besar untuk perikanan laut dalam.
File PDF document soalan-24.pdf
YB Dato' Mohd ldris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa Klinik Kesihatan Rengit dibina pada 1956, yang sudah terlalu uzur, sempit dan tidak selesa, serta menyediakan perkhidmatan yang terbatas masih belum dibina semula. Bila pembangunan klinik yang baru akan dimulakan dan bila pula dijangka siap. Sesuai dengan keperluan lebih 40,000 penduduk sekitar apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang bakal disediakan.
File PDF document soalan-23.pdf
YB Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatkah Kerajaan membuat kajian untuk kemudahan dan pembangunan industri menggunakan tenaga gas di daerah-daerah terpencil di Sarawak dengan adanya kemudahan "T" yang disediakan untuk menyalurkan gas ke daerah-daerah di Sarawak yang dilintasi saluran gas dari Kimanis, Sabah ke Bintulu, Sarawak khususnya Lawas, Limbang dan Baram agar tidak ketinggalan pembangunannya dari segi perindustrian. ketinggalan
File PDF document soalan-22.pdf
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah tindakan kerajaan berikutan Mahkamah Indonesia menyabitkan kesalahan dua pegawai mewakili syarikat milik Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) atas kelalaian dan pencemaran jerebu besar-besaran yang mempengaruhi jutaan rakyat Indonesia, Malaysia dan Singapura antara Jun hingga Ogos 2013.
File PDF document soalan-21.pdf
Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diambil terhadap dalang yang cuba menyebarkan propaganda menghasut rakyat Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.