-
soalan-15.pdf
-
Soalan 15. Y.B. DATo• SRI AZALINA BINTI DATo• OTHMAN SAID [ PENGERANG
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penjelasan mengenai
dakwaan yang menyatakan bahawa hutang negara akan meningkat 100
peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar
pemberian subsidi diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan
subsidi ditanggung Kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun.
-
soalan-14.pdf
-
Soalan 14. Y.B. TUAN NGA KOR MING [ TAIPING] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan demi memupuk masyarakat madani dan intelek, sama ada
bahan bacaan, buku, surat khabar dan buku kerja sekolah dapat
dikecualikan daripada pembayaran cukai GST.
-
soalan-13.pdf
-
Soalan 13. Dato' Othman bin Aziz minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan situasi terkini masalah
kekurangan ikan yang dikhabarkan lebih
banyak dijual kepada nelayan asing dan
sejauh manakah kawalan pendaratan ikan
mampu dijalankan oleh pihak bertanggungjawab.
-
soalan-12.pdf
-
Soalan 12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah jenis bantuan segera yang boleh diberikan kepada golongan wanita
yang baru kematian suami dan mereka juga tiada pekerjaan serta menanggung
anak yang ramai.
-
soalan-11.pdf
-
Soalan 11. Y.B. TUAN ANUAR BIN ABD. MANAP [ SEKIJANG ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan bilakah tarikh akhir bagi pihak Kementerian
untuk memuktamadkan senarai barangan yang akan dikecualikan
daripada Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST.
-
Soalan-10.pdf
-
Soalan 10. TUAN ZAIRIL KHIR JOHARI [ BUKIT BENDERA] minta PERDANA MENTERI menyatakan status siasatan SPRM terhadap aduan-aduan mengenai dakwaan penyelewengan kewangan dan penyalahgunaan kuasa dalam Zoo Negara
-
soalan-29&30.pdf
-
Soalan 29. Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah terdapat sesuatu rangka kerja di
antara Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia
yang dapat memastikan penawaran bidang yang ditawarkan oleh IPTA
dan IPTS selaras dengan permintaan majikan di kedua-dua sektor
swasta dan bukan swasta.
Soalan 30. YB Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan pelan
penambahbaikan perkhidmatan KTMB yang
semakin merudum prestasi pengurusannya menyebabkan masalah
seperti landasan Gua Musang - Temerloh diarahkan tutup. Apakah
SPAD telah mengambil dasar untuk memberi keutamaan kepada
bentuk pengangkutan awam lain seperti bas, kapal terbang dan kereta
api laju, lantas tidak lagi melaburkan modal dalam perkhidmatan
KTMB.
-
soalan-0-intro&7&Q8.pdf
-
Soalan 7. Y.B. DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA
[ TASEK GELUGOR ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sila perincikan berapa banyakkah IPTS yang telah diberi lesen
beroperasi sehingga Jun 2014 dan berapa pula yang telah
ditamatkan lesen kerana gagal beroperasi; dan
(b) apakah punca kegagalan IPTS yang ditamatkan operasinya,
apakah langkah yang dicadangkan oleh Kerajaan dalam
mempertahankan industri ini daripada mencemarkan industri
pendidikan negara.
Soalan 8.
-
soalan-9.pdf
-
Soalan 9. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah perkembangan terkini perlaksanaan penurunan
kuasa sebanyak RM5 juta kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah
-
soalan-8.pdf
-
Question 8. Tuan Su Keong Siong minta Menteri
Luar Negeri menyatakan bila Kerajaan
akan mengambil langkah untuk membawa
ratifikasi "ratification" ke atas Perjanjian
"Arms Trade Treaty" yang telah ditandatangani oleh Malaysia pada 26
September 2013.