-
soalan-23.pdf
-
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [Keningau]
minta MENTERI SLIMBER MANUSIA menyatakan memandangkan
bahawa terdapat masih ramai belia-belia, para graduan yang masih
mencari pekerjaan, berapa banyak peluang pekerjaan dan
kekosongan kerja yang telah diwujudkan di negeri Sabah khususnya
dalam tahun 2015 dan apakah pecahan lain-lain kerja yang tersedia
itu supaya makluman-makluman ini didedahkan dengan jelas kepada
penganggur di Sabah.
-
soalan-18&19&20.pdf
-
Soalan 18. YB Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah penumpang yang menggunakan
perkhidmatan kereta api ETS (lpoh ke Kuala Lumpur) dalam tahun
2013 hingga 2014. Adakah Kerajaan berhasrat untuk meningkatkan
mutu perkhidmatan kereta api ETS agar lebih ramai penumpang
dapat menggunakan perkhidmatan kereta api ETS tersebut.
Soalan 19. DATO' OTHMAN BIN AZIZ [JERLUN ] Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan berdasarkan peruntukan
RM 100 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS):-
(a) berapakah jumlah usahawan Bumiputera
khususnya di Kedah yang telah menerima
manfaat peruntukan berkenaan ; dan
(b) apakah pelan jangka masa panjang
Kementerian bagi memastikan pengusaha
PKS ini terus meningkatkan mutu produk/perkhidmatan mereka ke
peringkat yang lebih tinggi.
Soalan 20. Y.B. DATO' MOHO ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan :(a) bilakah pihak Kementerian akan memindahkan pusat pelupusan
sampah di Cheroh Raub ke kawasan yang baru; dan
(b) nyatakan langkah-langkah yang diambil buat sementara ini untuk
meningkatkan keselesaan penduduk daripada bau busuk serta
potensi ancaman "public health" untuk penduduk Raub khususnya di
Cheroh.
-
soalan-16&17.pdf
-
Soalan 16. Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah soalan kertas Sains UPSR
2014 boleh bocor. Apakah kaedah yang akan diambil Kementerian
untuk mengelakkan perkara ini berulang pada peperiksaan akan datang.
Soalan 17. Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [Langkawi] minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil
bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh penumpang-penumpang
yang telah menempah tiket awal bagi laluan Langkawi ke
Kuala Kedah/Kuala Perlis contohnya waktu feri berlepas jam 2.00 petang
tetapi lewat tiba di Jeti Kuah dan telah ketinggalan bot/feri disebabkan
kesesakan lalu lintas "traffic jam" dan penumpang-penumpang tersebut
terpaksa membeli tiket baru untuk beliau dan beberapa ahli keluarga yang
turut serta berikutan pengusaha feri di Jeti Kuah telah memperkenalkan
sistem tiket berkomputer.
-
soalan-15.pdf
-
Soalan 15. Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] mlnta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah pendekatan baru AADK sejak 2010 berjaya
mengurangkan masalah-masalah berkaitan dadah, H IV serta AIDS dan
apakah statistik terkini rakyat yang mengguna dadah dan menghidapi HIV
dan AIDS.
-
soalan-12&13.pdf
-
Soalan 12. YB. TUAN TONY PUA KIAM WEE [PETALING JAYA UTARA]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
jumlah kos Projek Langat 2 dan sama ada kos ini akan tanggung oleh
Kerajaan Negeri Selangor melalui bayaran "leasing" kepada PAAB yang
akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan secara mendadak.
Soalan 13. Datuk Joseph Satang anak Gandum [. Julau ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk
memastikan tiada sesiapa daripada golongan sasaran bantuan kebajikan
terkeluar dari perkhidmatan yang diperuntukkan kepada mereka.
-
soalan-14.pdf
-
Soalan 14. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan status siasatan polis ke dalam laporan polis
oleh "Dayak National Congress" atas cetakan facebook pada
halaman "JIM - Jemaah ISIS Malaysia" yang menyeru
penyembelihan orang Dayak.
-
soalan-0-intro&7&9.pdf
-
Soalan 7. Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTER! PENDIDIKAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memberikan
peruntukan sepenuhnya untuk membina bangunan ataupun membaik
pulih bangunan sekolah-sekolah Mubaligh.
Soalan 9. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelajar Malaysia di bawah
penajaan Kerajaan yang telah tamat belajar tetapi masih belum pulang ke
Malaysia dan apakah punca keadaan ini berlaku.
-
soalan-11.pdf
-
Soalan 11. Tuan Anyi Ngau (Baram) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
menyatakan rancangan Kerajaan dalam tempoh 20152-020 bagi melaksanakan pembangunan luar bandar
seperti pembinaan jalan, bekalan air serta elektrik dan kemudahan
perumahan di kawasan Baram demi mencapai Wawasan 2020.
-
soalan-47.pdf
-
Soalan 47. Dato' Seri Tiong King Sing
[ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
menyatakan :a) Apakah status dan perkembangan kerja pendalaman muara sungai
di Sungai Sibiyu (deepening work) dan Sungai Kemena (dredging
work) yang telah sekian lama tertangguh; dan
b) Apakah pihak Kementerian mempunyai rancangan jangka masa
panjang yang teliti dan berkesan untuk mengatasi masalah banjir
kilat yang sering kali melanda Bandar Bintulu terutamanya selepas
hujan lebat.
-
soalan-45.pdf
-
Soalan 45. YB. DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN minta
MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan tentang dasar serta perancangan jangka pendek dan jangka panjang
kerajaan yang mengehadkan perniagaan import bahan-bahan terkawal
secara monopoli.