File PDF document soalan-33.pdf
Soalan 33. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi membantu golongan belia terutamanya golongan lepasan SPM yang gagal mendapat keputusan cemerlang bagi mendapatkan pekerjaan.
File PDF document soalan-32.pdf
Soalan 32. Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [Kota Kinabalu] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pemindahan atau penempatan semula penduduk perkampungan setinggan di Pulau Gaya. Bilakah mereka akan ditempatkan semula. Nyatakan bilangan, bangsa dan status warganegara penduduk setinggan di Pulau Gaya dan berapa ramai yang akan dihantar balik ke negara asal.
File PDF document soalan-31.pdf
Soalan 31. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan strategik Kementerian bagi mengelakkan kejadian soalan bocor peperiksaan awam Malaysia di bawah kawal selia Kementerian berkenaan.
File PDF document soalan-30.pdf
Soalan 30. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rasional Suruhanjaya Pilihan Raya menolak permohonan Kerajaan Negeri Malaysia dan Malaysia bagi memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan sedangkan Malaysia diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
File PDF document Soalan-29.pdf
Soalan 29. Y.B. DATO' NORAINI BINTI AHMAD [ PARIT SULONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk mewujudkan suatu bank yang khusus untuk wanita di negara ini sepertimana yang diwujudkan di India (Bank Bharatiya Mahila atau Bank Wanita India) dan di Pakistan (First Women Bank Limited FWBL)
File PDF document soalan-27&28.pdf
Soalan 27. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menubuhkan sekolah satu aliran dalam usaha untuk meningkatkan integrasi antara kaum di negara ini, khususnya generasi muda. Soalan 28. Tuan R.Sivarasa [Subang] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah siasatan berkaitan kehilangan pesawat MH370 akan siap dan memndangkan boleh jadi keadaan nahas pesawat mungkin tidak ditemui, adakah Kerajaan bercadang meminta Pasukan Siasatan Antarabangsa mengeluarkan satu laporan sementara sekarang (interim report) berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada, dan jika bukan sekarang, bila.
File PDF document soalan-26.pdf
Soalan 26. Dato' Johari Bin Abdul [Sungai Petani] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) berapa jumlah pengganas dan penculik yang terlibat dalam kegiatan penculikan di kawasan ESSZONE yang telah ditahan dan sedang diambil tindakan undang-undang; dan (b) adakah sebab utama pembolosan pengganas I penculik di kawasan ini disebabkan tidak berkesannya kegiatan perisikan oleh PDRM, ATM dan APMM.
File PDF document Soalan 24
Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan : (a) bilangan kes jenayah yang melibatkan pendatang asing (senaraikan mengikut negara) dan kadar peratusannya daripada jumlah kes jenayah di negara untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 1 Oktober 2014, serta jenis jenayah yang dilakukan; dan (b) bilangan warga luar negara yang dikesan dan/atau diambil tindakan akibat memasuki atau keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu; dan langkah-langkah proaktif yang diambil oleh pihak imigresen bagi mencegah kejadian sedemikian.
File PDF document soalan-25.pdf
Soalan 25. VB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB (MACHAN G) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah kelengkapan ketenteraan yang dimiliki oleh negara mencukupi dalam membuat persediaan menghadapi sebarang bentuk kesulitan yang -mungkin dihadapi oleh negara.
File PDF document soalan-21&22.pdf
Soalan 21. Datuk Hajah Norah Binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah tumpuan Kerajaan kepada pertumbuhan GNI dan kenaikan pendapatan per kapita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju hanya akan memajukan kawasan bandar sahaja berbanding kawasan luar bandar. Soalan 22. Dato" Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah pendatang asing mengikut negara yang telah didaftarkan dalam Program 6P; dan (b) berbanding nisbah pendatang asing yang telah didaftar dan bekerja dengan jumlah pekerja perladangan, perkilangan dan lain-lain. tempatan dalam sektor