Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
13 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-0-intro.pdf
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi meningkatkan kualiti program pendidikan guru khususnya di Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan lnstitut-institut Pendidikan Guru (lPG) agar turut mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa seperti Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat di Amerika Syarikat. Soalan 11. Y.B. TUAN HJ. AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak skim perlindungan i-BR1M diperkenalkan kepada penerima BR1 M 3.0 seluruh Malaysia: a. berapakah jumlah penerima perlindungan i-BR1 M yang telah diagihkan kepada penerima BR1 M 3.0 yang 'affimpa kematian I kemalangan sepanjang tempoh perlindungan; dan b. adakah kerajaan akan meneruskan program perlindungan i-BR1 M ini. Soalan 12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan penambahbaikan dari segi persediaan untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh tahun ini dan mekanisme bagi meminimumkan kesan bencana alam tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-9.pdf
Y. B. TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-11.pdf
Y.B. DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat yang telah diluluskan bagi tahun 2012 dan 2013 di Negeri Kedah mengikut Daerah. Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan kelambatan pembinaan rumah-rumah tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-12&13.pdf
Soalan 12. YB. TUAN TONY PUA KIAM WEE [PETALING JAYA UTARA] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan jumlah kos Projek Langat 2 dan sama ada kos ini akan tanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui bayaran "leasing" kepada PAAB yang akan menyebabkan tarif air terpaksa dinaikkan secara mendadak. Soalan 13. Datuk Joseph Satang anak Gandum [. Julau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil untuk memastikan tiada sesiapa daripada golongan sasaran bantuan kebajikan terkeluar dari perkhidmatan yang diperuntukkan kepada mereka.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-06 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-12.pdf
Soalan 12. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah jenis bantuan segera yang boleh diberikan kepada golongan wanita yang baru kematian suami dan mereka juga tiada pekerjaan serta menanggung anak yang ramai.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-04 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-13.pdf
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha Kementerian dari segi memperkenalkan peluang kerja-kerja sambilan di rumah serta memberi latihan yang diperlukan kepada individu-individu yang tidak dapat bekerja di luar kerana perlu menjaga orang-orang sakit kronik atau orang-orang kurang upaya di rumah.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-14.pdf
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan samaada Kementerian bersedia merangka dasar khususnya bagi menangani masalah warga miskin kota dan tidak berumah I gelandangan, memandangkan masalah tersebut masih belum lagi tersentuh dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara, Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara).
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors' pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan. Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis panduan bantuan kecemasan ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-21,22&23.pdf
Soalan 21. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan bantuan kewangan kepada penerima bantuan kebajikan memandangkan Kerajaan akan melaksanakan GST pada tahun 2015. Jika tiada, apakah usaha Kementerian untuk membantu mereka. Soalan 22. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGANGKUT AN menyatakan status berkenaan mendapan yang kerap berlaku di KLIA 2 dan tahap keselamatan di KLIA 2 susulan penutupan 9 tempat letak kapal terbang di sebabkan oleh kebocoran saluran bahan api baru-baru ini. Soalan 23. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian "hits" yang menonton siaran langsung sidang perbahasan Parlimen Malaysia menerusi Iaman web RTM iaitu rtmparlimen.gov.my yang diperkenalkan pada tahun 2013 lalu dan sejauh manakah tontonan ramai bagi rancangan siaran langsung sidang perbahasan menerusi saluran TV1 bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan sepuluh bulan pertama 2014.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-27.pdf
Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sedar, ramai orang tidak berpuas hati dengan cara agihan wang zakat, bagaimanakah cara agihan wang kutipan zakat dibuat. Dan siapakah di antara kumpulan masyarakat yang telah menerima bantuan zakat.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies