Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-21,22&23.pdf

Soalan 21. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan bantuan kewangan kepada penerima bantuan kebajikan memandangkan Kerajaan akan melaksanakan GST pada tahun 2015. Jika tiada, apakah usaha Kementerian untuk membantu mereka. Soalan 22. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGANGKUT AN menyatakan status berkenaan mendapan yang kerap berlaku di KLIA 2 dan tahap keselamatan di KLIA 2 susulan penutupan 9 tempat letak kapal terbang di sebabkan oleh kebocoran saluran bahan api baru-baru ini. Soalan 23. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian "hits" yang menonton siaran langsung sidang perbahasan Parlimen Malaysia menerusi Iaman web RTM iaitu rtmparlimen.gov.my yang diperkenalkan pada tahun 2013 lalu dan sejauh manakah tontonan ramai bagi rancangan siaran langsung sidang perbahasan menerusi saluran TV1 bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan sepuluh bulan pertama 2014.

Download soalan-21.pdf — 1092 KB

Filed under: welfare, GST, KLIA2, RTM