Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
34 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-34.pdf
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah keputusan, hasil penyiasatan atau rekomendasi Suruhanjaya Siasatan Diraja (Royal Commission of Inquiry) mengenai pendatang asing di negeri Sabah akan dikeluarkan dan adakah Kerajaan Persekutuan komited untuk melaksanakan semua rekomendasi tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-29.pdf
YB Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa laporan lengkap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah tidak dibentang di Parlimen (hingga ke hari ini) selepas tamat tempoh siasatannya pada 21 Mei 2014 dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-11.pdf
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah terdapat rancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di Sabah dan Sarawak bagi menangani masalah keciciran di kalangan pelajar di kawasan luar bandar.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-17.pdf
Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan a) bilangan projek pembinaan sekolah rendah dan menengah yang sudah siap, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan di negeri Sabah;dan b) bila kelulusan pelaksanaan projek SMK Gum Gum II memandangkan permohonan telah dibuat sejak Rancangan Malaysia ke-8 lagi.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-28.pdf
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak pembentukan Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-12.pdf
Y.B. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) sama ada Kementerian mengambil perhatian terhadap situasi di mana bilangan pelajar imigran melebihi pelajar tempatan di sesetengah sekolah di Sabah, contohnya di SK Pekan Kinarut, Papar; dan (b) berikan statistik atau data. berkenaan. dan apakah langkah bagi menangani keadaan sebegini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka sebagai pelajar Pra Universiti. Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30 September 2014. Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut. Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan i (b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card. Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE) kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013. Soalan 21. Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah menaik taraf Pelabuhan Sandakan seiring dengan penambahan kegiatan ekonomi termasuk pembangunan industri hiliran kelapa sawit di Klaster lndustri Kelapa Sawit (Palm Oil Industrial Cluster, POIC) di Sandakan:-
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-28,29&30.pdf
Soalan 28. YB Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah hospital yang dalam urusan pengoperasian mereka mengamalkan tuntutan syari'e (syariah compliance) mengikut pecahan negeri di seluruh negara. Soalan 29. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah wujud badan yang berfungsi untuk mengawal selia sekolah memandu di seluruh Malaysia. Jika tiada, adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkannya. Soalan 30. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kekosongan jawatan dalam PDRM setiap tahun dari 2008 hingga kini di setiap negeri dan di Sibu dan apakah cara yang telah diambil untuk mengatasi masalah kekosongan tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-52.pdf
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah status yang terkini cadangan pembinaan "pipeline" yang menghantar gas LNG dari kawasan barat Sabah sehingga kawasan timur Sabah di Sandakan. Adakah cadangan pembinaan loji penjanaan kuasa LNG di Sandakan masih berterusan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies