-
soalan-50.pdf
-
DR. MOHO HATTA BIN MD. RAMLI [KUALA KRAI] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar, mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-48.pdf
-
TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan syarikat-syarikat yang telah di senarai
pendek untuk mendapat tender melaksanakan pengubahsuaian sistem
pam petrol di seluruh negara berikutan keputusan rasionalisasi subsidi
minyak mengikut pendapatan dan jumlah bayaran kepada syarikat-syarikat ini serta siapa yang menanggung kos ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel
kepada orang ramai.
Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan
fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu
jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan
Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua
pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang
sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian.
Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital
Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana
Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun
2013.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-45&46.pdf
-
Soalan 45. DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan butiran berkenaan sistem subsidi baru
untuk petrol dan diesel yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini
sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian.
Bagaimanakah pelaksanaan sistem ini akan memberi kesan kepada
kehidupan orang ramai.
Soalan 46. Y.B. IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan :(a) berapakah jumlah projek perumahan di dalam perancangan
pemulihan akibat daripada kegagalan pemaju sebelumnya; dan
(b) apakah denda dan tindakan yang dikenakan kepada pemaju dan
kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-06 Parliamentary Replies