Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-42.pdf

Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada orang ramai. Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian. Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun 2013.

Download soalan-42.pdf — 790 KB