-
soalan-28.pdf
-
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI
menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk
menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi
rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak
pembentukan Malaysia.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan seiring dengan pembinaan penjara di Labuan,
adakah Kerajaan akan memusatkan (centralise) badan kehakiman di
bawah pentabiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang
berpusat di Labuan untuk mendengar kes-kes sama ada sivil ataupun
jenayah yang berdekatan dengan Kawasan Labuan seperti Beaufort
dan sesetengah kawasan di Sarawak.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2015-10-19 Parliamentary Replies
-
soalan-32.pdf
-
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk membolehkan kajian semula mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (yang sepatutnya dibuat setiap 10 tahun bermula pada 1973) dengan 18 & 20 Perkara pada tahun ini; dan
(b) dan jika ya, adakah keputusan jawatankuasa ini akan diguna-pakai untuk mengemas kini dan membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-07 Parliamentary Replies
-
soalan-35.pdf
-
YB Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah anggota polis yang ditugaskan di daerah Sarikei dan
daerah Meradong pada masa sekarang. Adakah jumlah itu mencukupi
untuk memastikan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-37.pdf
-
YB. Tan Sri Dato' Sri William Mawan lkom [SARATOK]
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan apakah pelan atau perancangan
kontigensi Kementerian menjamin penduduk luar bandar
mendapat bekalan air bersih berterusan yang diperlukan
penduduk khususnya pada musim kemarau yang panjang
memandangkan Parlimen Saratok antara kawasan
terdedah kepada masalah ketiadaan bekalan air bersih
yang berlarutan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-41.pdf
-
DATUK AARON AGO ANAK DAGANG [ KANOWIT ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa
beberapa jenis subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat di luar bandar
tidak sampai ke sasarannya, terutamanya subsidi pengangkutan di
bawah program pelarasan harga barang keperluan untuk kawasan
pedalaman di Sabah dan Sarawak. Apakah tindakan Kerajaan dalam hal
lnl.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-30 Parliamentary Replies
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel
kepada orang ramai.
Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan
fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu
jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan
Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua
pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang
sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian.
Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital
Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana
Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun
2013.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-43.pdf
-
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan kenapakah gejala judi haram serta pelacuran
semakin buruk di kawasan Kuching serta kawasan/bandar di sekitar
sehingga umpama tiada keberkesanan oleh pihak penguat kuasa.
Adakah wujudnya elemen rasuah yang menjadi halangan terhadap
keberkesanan dalam perlaksanaan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-49&50.pdf
-
Soalam 49. YB TUAN WILSON UGAK KUMBONG [ HULU RAJANG ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan:
a. sama ada Kerajaan bercadang untuk membesarkan fasiliti Hospital
Kerajaan di Kapit untuk menampung jumlah pesakit yang kian
meningkat; dan
b. menangani kesesakan tempat letak kereta dan kekurangan wad di
Hospital Umum Kuching.
Soalam 50. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM
dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan wang rasuah
melebihi RM1 juta.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-49&50.pdf
-
Soalan 49. YB DATO HASBULLAH BIN OSMAN [ GERIK] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kaedah pengagihan zakat kepada golongan layak di mana kini
terdapat kaedah dan proses pengutipan zakat memudahkan rakyat. Namun
untuk menyerahkan zakat adalah sukar dan ini seolah-olah zakat gagal
menjadi agen membantu rakyat.
Soalan 50. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah status permohonan rakyat khasnya daerah Lawas
Sarawak dan Sipitang Sabah terhadap perhubungan udara terpenting
iaitu sebuah Lapangan Terbang baru yang akan diguna pakai oleh
penduduk-penduduk kedua-dua kawasan tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-28 Parliamentary Replies