File PDF document soalan-24.pdf
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci usaha Kerajaan dalam membantu pekebun getah dan kelapa sawit yang menghadapi kemerosotan harga hasil tanaman yang menjejaskan pendapatan dan kehidupan pekebun.
File PDF document soalan-21.pdf
VB. DATO' AR. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD [ KUALA KANGSAR] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah dan perancangan TNB untuk memastikan bekalan tenaga negara yang mencukupi dan TNB mendapat keuntungan yang baik. Adakah tarif dapat dikekalkan atau dapat dikurangkan untuk kesejahteraan rakyat dan juga kemudahan kepada usahawan-usahawan dan industri yang bergantung kepada bekalan elektrik.
File PDF document soalan-22.pdf
Dato Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan: (a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan (b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung kontrak perkhidmatannya.
File PDF document soalan-19&20.pdf
Soalan 19. Dato' Wira Othman bin Abdul (Pendang) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa luas tanah terbiar yang telah dimajukan di negeri Kedah mengikut daerah sepanjang lima (5) tahun yang lalu. Apakah agensi-agensi yang terlibat. Soalan 20. Y.B. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan jumlah peruntukan untuk projek Kejiranan lndah sejak 2012. Senaraikan projek dan kosnya. Apakah cara untuk memohon bantuan ini.
File PDF document soalan-15.pdf
Y.B. DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) punca utama kegagalan serta jumlah kerugian ikon negara, MAS (Malaysia Airlines Systems) dalam industri penerbangan setakat ini; dan b) langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini demi untuk kepentingan negara dan langkah-langkah yang diambil bagi mendapatkan semula setiap sen dana Kerajaan yang disuntik kepada pemulihan MAS.
File PDF document soalan-18.pdf
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hutang negara pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014. Nyatakan hutang negara berbanding dengan KDNK Malaysia setakat September 2014 dan cara Kerajaan menjelaskan hutang Kerajaan.
File PDF document soalan-17.pdf
YB. DATUK WEE JECK SENG (TANJONG PIAl) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan pintas Johor Bahru-Pekan Nanas yang telah dicadangkan sejak RMKe-8 akan dilaksanakan.
File PDF document soalan-16.pdf
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan guru bukan berbangsa cina yang dihantar ke China untuk mempelajari Bahasa Mandarin, perbelanjaan dan perancangan untuk guru-guru tersebut.
File PDF document soalan-14.pdf
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sebab-sebab Kerajaan enggan memberi kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dilahirkan di Malaysia; dan (b) apakah kriteria yang digunakan dan ditetapkan oleh Kerajaan untuk memberikan kewarganegaraan kepada pemohon warga asing.
File PDF document Soalan 12
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a)tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan jika seorang anak yang lahir di Malayia tapi tidak mempunyai kewarganegaraan, kerana bapanya merupakan warganegara tetapi emaknya bukan warganegara, mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan, maka permohonan telah pun dibuat dan ia telah lama menunggu jawapan, ini telah memberi banyak kesulitan kepada anak itu; dan
File PDF document soalan-13.pdf
Y .B. DATO HAJI IRMOHIZAM BIN HAJI IBRAHIM [ KUALA SELANGOR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan akan menangani masalah penyelewengan dan fraud di dalam pembayaran cukai dan tuntutan kredit cukai input selepas pelaksanaan GST pada April 2015.
File PDF document soalan-11.pdf
YB Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah bersepadu yang lebih berkesan termasuk strategi lautan biru yang telah diambil Kerajaan bagi memerangi Aedes dan kes denggi terutama yang menyebabkan kematian yang terus meningkat dengan drastik terutama di Negeri Selangor dan apakah Kerajaan bercadang memberikan vaksin sebagai tindakan segera sebagai langkah kecemasan untuk pencegahan bagi mengelakkan kes aedes ini dari terus merebak.
File PDF document soalan-10_answer.pdf
Y.B. PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) akan diteruskan pada tahun- tahun yang akan datang dan bila BRIM akan ditambah sehingga RMI200 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya BRIM hanya diberi kepada pemohon yang layak dan tidak disalahgunakan.
File PDF document soalan-0-intro,4.pdf
Dato Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang membuka pejabat Konsulat Jenera! Malaysia di Istanbul memandangkan pentingnya kota itu untuk rakyat dan negara kita.
File PDF document soalan-10.pdf
Y.B. PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) akan diteruskan pada tahun- tahun yang akan datang dan bila BRIM akan ditambah sehingga RMI200 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya BRIM hanya diberi kepada pemohon yang layak dan tidak disalahgunakan.
File PDF document soalan-49&50.pdf
Soalan 49. YB DATO HASBULLAH BIN OSMAN [ GERIK] minta PERDANA MENTERI menyatakan kaedah pengagihan zakat kepada golongan layak di mana kini terdapat kaedah dan proses pengutipan zakat memudahkan rakyat. Namun untuk menyerahkan zakat adalah sukar dan ini seolah-olah zakat gagal menjadi agen membantu rakyat. Soalan 50. Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah status permohonan rakyat khasnya daerah Lawas Sarawak dan Sipitang Sabah terhadap perhubungan udara terpenting iaitu sebuah Lapangan Terbang baru yang akan diguna pakai oleh penduduk-penduduk kedua-dua kawasan tersebut.
File PDF document soalan-55.pdf
YB. DATO' NORAINI BINTI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk memastikan sektor swasta di Malaysia telah bersedia menyahut peluang dan cabaran pewujudan ASEAN Economic Community (AEC) pada tahun 2015.
File PDF document soalan-56.pdf
YB. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah peranan yang telah dan akan dimainkan oleh "Malaysia Cruise Council" dan pendekatan Kementerian untuk memajukan sektor "cruise tourism" yang bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada industri pelancongan negara.
File PDF document soalan-54.pdf
Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) markah lulus bagi kertas Bahasa lnggeris SPM; dan (b) bilangan dan peratusan pelajar yang gagaI dalam kertas Bahasa lnggeris SPM ini, dan bilangan pelajar yang telah gagal dalam kertas Bahasa lnggeris SPM tetapi telah diterima masuk universiti awam dan swasta.
File PDF document soalan-50,51&52.pdf
Soalan 50. VB Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah diambil Kementerian dalam mengatasi masalah infrastruktur di Hospital Kulim terutamanya yang terpaksa menampung peningkatan pesakit sebanyak 5% setiap tahun. Soalan 51. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah faktor yang menyebabkan kehilangan MH370 sukar dikesan hingga kini walaupun usaha pelbagai pihak telah dijalankan semaksimum mungkin. Soalan 52. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah keputusan yang tercapai dalam bengkel (workshop) pada bulan Jun berkenaan dengan peraturan kereta cermin gelap. Bilakah Kementerian akan melaksanakan peraturan terbaru ini.