Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-37,38&39.pdf

Soalan 37. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT 1 minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pelaburan skim cepat kaya YSLM haram, status siasatan syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang mempunyai hubung kait dengan YSLM. Mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan. Soalan 38. Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani pembiayaan perumahan yang ketat, kadar faedah yang tinggi, kuantiti pembinaan rendah, kenaikan harga rumah yang melampau dan kemampuan untuk rakyat memiliki semakin terhad serta masih berlaku secara meluas di negara ini. Soalan 39. VB DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memberikan penerangan tentang sejauh mana penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan (Akta 737) setakat ini. Apakah ianya mempunyai kesan positif kepada industri perubatan di Malaysia.

Download soalan-37.pdf — 1445 KB