File PDF document soalan-0-intro,8&9.pdf
Soalan 8. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status Kg. Chubadak Tambahan serta kampung-kampung lain di Wilayah Persekutuan. Soalan 9. Dato Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan usaha-usaha memperkasakan penguatkuasaan undang-undang serta pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air ekoran kelulusan dan aktiviti perlombongan bijih timah yang luas di Kelian lntan khususnya dalam Parlimen Gerik menyebabkan kemusnahan secara besar-besaran hidupan dalam sungai utama dalam kawasan tersebut.
File PDF document soalan-10.pdf
Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah dijalankan kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan bas awam yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Syarikat Panorama Melaka Sdn. Bhd. yang mula beroperasi pada 8 Mac 2012; dan (b) adakah ianya mencapai piawaian perkhidmatan bas awam seperti garis panduan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta jumlah bilangan bas yang dikendalikan sekarang mencukupi untuk memberi perkhidmatan yang berkesan.
File PDF document soalan-59.pdf
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan melihat slogan 1Malaysia ini sebagai gagal.
File PDF document soalan-58.pdf
Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status pembinaan SMK Agama Jerlun di Padang Sera yang telah diluluskan namun tiada perkembangan fizikal sehingga kini.
File PDF document Soalan 57
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd. yang mempunyai pinjaman dijamin Kerajaan sebanyak RM4 bilion masih belum memfailkan penyata kewangan untuk 31 Mac 2013. Di mana perginya pinjaman tersebut dan mengapa syarikat ini diambil-alih oleh Kementerian pada tahun 2013.
File PDF document soalan-56.pdf
YB DATUK HAJAH NORAH BINTI ABO RAHMAN [ TANJONG MANIS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah terdapat kajian peringkat Kementerian untuk menaikkan harga rokok sebanyak 100%> sebagai langkah mengurangkan masalah merokok berbanding dengan perbelanjaan kempen iklan seperti 'Tak Nak Merokok' yang hanya dilihat menguntungkan syarikat pengiklanan sahaja dan sejauh manakah kempen anti merokok Kementerian berjaya mengurangkan tabiat merokok di kalangan rakyat setakat ini.
File PDF document soalan-54.pdf
Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kepada pekerja binaan serta nyatakan tindakan Kementerian ke atas kontraktor MRT yang terlibat dalam kejadian runtuhan kontrik pada 19 Ogos 2014.
File PDF document soalan-55.pdf
VB DATUK MADIUS TANGAU (TUARAN) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada setiap negeri bermula 1965 hingga sekarang untuk menyediakan kemudahan asas; jalan luar bandar; bekalan air luar bandar dan bekalan elektrik luar bandar mengikut tahun.
File PDF document soalan-53.pdf
Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan perkhidmatan permohonan visa sekurang - kurangnya bagi negara - negara Komanwel tertentu di semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terpilih di negara ini
File PDF document soalan-52.pdf
YB. TUAN ANUAR BIN ABO. MANAP (SEKIJANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) apakah status Projek Perlebaran Tangkak - Segamat setakat ini; dan (b) adakah Kerajaan bercadang mempercepatkan Fasa 1A projek ini kerana ia melibatkan kawasan sekitar Bandar Segamat.