File PDF document soalan-38.pdf
File PDF document soalan-37.pdf
Puan Nurul lzzah Binti Anwar (Lembah Pantai) minta PERDANA MENTERI menyatakan : a) adakah Kerajaan bersedia menyalurkan wang peruntukan khas kelolaan ICU kepada semua kawasan Parlimen menerusi wakil rakyat yang memenangi kawasan terbabit; dan b) jumlah pemberian mengikut kawasan Parlimen sejak 2012 hingga kini.
File PDF document soalan-36.pdf
File PDF document soalan-32&33.pdf
Soalan 32. Y.B. DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM [ PERMATANG PAUH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) apakah jaminan Kerajaan dan Khazanah bahawa MAS akan diurus dengan lebih cekap; dan b) adakah Kerajaan bersedia untuk mengkaji fuel ancj__2il expenditure yang menyumbang 36% kepada jumlah perbelanjaan MAS, dan apakah jaminan kepentingan pekerja MAS dilindungi. Soalan 33. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah polisi Kerajaan dalam mengeluarkan lesen kapal kargo dan langkah-langkah yang diambil dari mengelakkan lesen tersebut tidak di salah guna bagi tujuan lain.
File PDF document soalan-35.pdf
DATO' FAUZI BIN ABDUL RAHMAN [ INDERA MAHKOTA] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria yang diguna pakai untuk mengukur 'distribution of income' antara rakyat yang kaya dan miskin dari dasar DEB yang menjanjikan penyusunan semula masyarakat dan Wawasan 2020 yang bertujuan menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
File PDF document soalan-34.pdf
Y.B. TUAN LOKE SlEW FOOK [ SEREMBAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pendirian Kerajaan untuk menggubal undang-undang baru untuk mengawal dan membanteras gejala perjudian siber atau online yang semakin berleluasa dan sekiranya ada, bilakah ia dapat dibentangkan di Parlimen dan seterusnya dikuatkuasakan.
File PDF document soalan-30&31.pdf
Soalan 30. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan rasuah wang kurang daripada RM1 000. Soalan 31. Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tentang langkah kerajaan dalam mengawal taktik penipuan (Hidden Agenda} yang dikenakan terhadap penumpang kapal terbang oleh Syarikat Penerbangan Awam di Negara ini.
File PDF document soalan-29.pdf
YB Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan mesin MRI dan CT Scan dan sama ada ianya berfungsi atau tidak di semua hospital Kerajaan dan swasta berdasarkan pecahan negeri dan sama ada ianya dibeli atau disewa serta nyatakan kosnya.
File PDF document soalan-26&27.pdf
Solan 26. YB Dr. Azman Bin Ismail [Kuala Kedah] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kos rawatan di sektor swasta Soalan 27. Y.B. DATO' ABO. AZIZ BIN HAJI SHEIKH FADZIR [ KULIM BANDAR BAHARU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan apakah puncanya dikatakan hampir 60% kakitangan awam yang bergaji RM3,000 sebulan dan ke bawah tidak memiliki rumah sendiri dan apakah laporan terkini Program 1 Juta Rumah yang dicadang dibina oleh Kementerian pada tahun lepas.
File PDF document soalan-28.pdf
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak pembentukan Malaysia.