-
soalan-17.pdf
-
Tan Sri Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang kemajuan
projek Pembangunan Rancangan Jelapang Padi (IADA) di Rompin
agar ianya dijadikan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan
ekonomi setempat khususnya dalam bidang sektor makanan.
-
soalan-16.pdf
-
Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah
kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan
pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.
-
soalan-13&14.pdf
-
Soalan 13. Datuk MadiusTangau [Tuaran] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan
kepada Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan apabila dilaksanakan
nyatakan agihan kepada setiap negeri sejak AIM ditubuhkan serta
keberkesanannya dalam pembasmian kemiskinan.
Soalan 14. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada usaha TalentCorp yang
dilancarkan pada tahun 2011 telahpun berjaya dan sekiranya tidak,
nyatakan alasan-alasannya.
-
soalan-15.pdf
-
Y.B. TUAN KHOO SEANG [ TERBAU ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kesan syarat-syarat pinjaman perumahan yang
semakin ketat sehingga ramai bakal pembeli rumah tidak berjaya
mendapat pinjaman dari bank-bank. Apakah kesannya terhadap
usaha Kerajaan membantu rakyat jelata memiliki rumah masingmasing serta terhadap industri perumahan sendiri dan ekonomi
Negara amnya.
-
soalan-12.pdf
-
TUAN M. KULASEGARAN minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan memandangkan sebahagian
daripada RM1 00 juta akan digunakan untuk menjalankan latihan
kemahiran kepada belia India. Berapakah peruntukan yang diagihkan
untuk tujuan tersebut. Siapakah yang memantau pencapaian tersebut
dan adakah Kerajaan berpuas hati dengan kemajuan tersebut?
-
soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
-
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di
setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka
sebagai pelajar Pra Universiti.
Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh
negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk
menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan
ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan
bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk
setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30
September 2014.
Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di
luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon
dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi
masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut.
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad
pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
i
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing
memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan
sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.
Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS)
minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek
pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE)
kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada
penduduk setempat.
-
soalan-27.pdf
-
Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan sedar, ramai orang tidak berpuas hati dengan
cara agihan wang zakat, bagaimanakah cara agihan wang kutipan zakat
dibuat. Dan siapakah di antara kumpulan masyarakat yang telah menerima
bantuan zakat.
-
soalan-55.pdf
-
YB Dato Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilangan hospital yang terlibat dengan industri
pelancongan perubatan serta jumlah pendapatan yang dijanakan di Pulau
Pinang semenjak industri ini diperkenalkan di negeri tersebut.
-
soalan-53&54.pdf
-
Soalan 53. Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-
a) dari tahun 2000 hingga 2014 bilangan pelajar yang layak (memenuhi
kelayakan minimum) memasuki IPTA setiap tahun; dan
b) sebab-sebab 50 peratus daripada pelajar-pelajar yang layak
memohon kursus IPTA pada tahun 20114 tidak ditawarkan tempat.
Soalan 54. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan inisiatif Kementerian dalam mengatasi budaya rakyat yang
tidak hormat terhadap anggota polis di samping tidak memberi kerjasama
terhadap pihak polis yang sedang menjalankan tugas.
-
soalan-51&52.pdf
-
Soalan 51. YB. TUAN ER TECK HWA minta MENTER! PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah perdagangan
secara langsung atau tidak di antara Malaysia dan Israel dari 1996
sehingga kini. Senaraikan syarikat terlibat, jenis produk dan nilai
dagangan. Apakah tindakan Kerajaan terhadap syarikat yang
mengambil komponen dari Israel walaupun mempunyai sumber dari
negara lain.
Soalan 52. DATO' DR. MUJAHID YUSOF RAWA[ PARIT BUNTAR- PAS]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian
bercadang memberikan peruntukan kepada persatuan-persatuan seni
mempertahankan diri seperti silat, tomoi, silambam yang terdapat
banyak di kawasan luar bandar. Apakah syaratnya jika ia boleh
memberikan peruntukan.