File PDF document soalan-46.pdf
YB DATO' IR HAJI NAWAWI BIN AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa jumlah peningkatan perdagangan dan pelaburan dari ASEAN bagi tahun 2012-2013 dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengekalkan atau meningkatkan jumlah tersebut.
File PDF document soalan-45.pdf
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status Ops Qaseh dan bagaimana operasi ini telah membantu mengurangkan masalah gelandangan di negara ini.
File PDF document soalan-44.pdf
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini adakah kes wanita yang ditipu untuk menjadi keldai dadah (drug mule) dapat dikurangkan oleh Kementerian dan apakah langkah Kementerian untuk membendung masalah ini sama ada yang melibatkan dalam negeri dan di luar negara.
File PDF document soalan-43.pdf
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah gejala judi haram serta pelacuran semakin buruk di kawasan Kuching serta kawasan/bandar di sekitar sehingga umpama tiada keberkesanan oleh pihak penguat kuasa. Adakah wujudnya elemen rasuah yang menjadi halangan terhadap keberkesanan dalam perlaksanaan.
File PDF document soalan-42.pdf
Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAVA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab Syarikat 1Malaysia Development Bhd. membatalkan pinjaman kepada lMDB-Petrosaud i International yang memberikan pulangan terjamin sebanyak 8.67% dan melabur sebanyak US$2.32 bilion di sebuah dana Cayman Islands yang hanya memberikan pulangan 5. 76%, walaupun cost of fund bagi lMDB melebihi 5. 75% seta hun.
File PDF document soalan-41.pdf
TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO (KLANG) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilakah kajian-kajian mengenai TPPA termasuk kos-faedah dapat dikeluarkan demi kepentingan ketelusan (transparency) dan penelitian umum
File PDF document soalan-39&40.pdf
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah syarat-syarat pelantikan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan' dan sama ada kemahiran Bahasa Mandarin diwajibkan untuk pelantikan Pengetua SMJ K Cina. Soalan 40. Laksamana Pertama Mohamad lmran bin Abd Hamid (B) [Lumut] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bahawa bila MAS akan berhenti menghidang minuman keras dalam penerbangan dan di VIP Lounge dan memastikan paramugarinya berpakaian menutup aurat serta memakai tudung bagi yang beragama Islam.
File PDF document soalan-37&38.pdf
Soalan 37. YB. Dr. Haji lzani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ) minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah usaha yang telah digiatkan oleh Islamic Tourism of Malaysia dalam usaha mempromosikan Malaysia sebagai sebuah pusat pelancongan Islam yang mesti dikunjungi. Soalam 38. DATUK ROZMAN BIN ISLI [ LABUAN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bersedia untuk membuat penurunan kuasa (empowerment) yang ketara dan menyeluruh di dalam pentadbiran Negara untuk meningkatkan kecepatan penyampaian perkhidmatan seperti : penurunan belanjawan ke unit yang paling bawah seperti JKKK, dan penurunan kuasa kepada negeri dan daerah bagi pelaksanaan . pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur.
File PDF document soalan-36.pdf
YB. DATO' NORAINI BINTI AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan penambahbaikan yang akan dilaksanakan di bawah rundingan kerjasama komprehensif ekonomi serantau (RCEP) berbanding dengan perjanjian perdagangan bebas yang sedia ada dengan ASEAN serta rakan dialog ASEAN.
File PDF document soalan-34&35.pdf
Soalan 34. Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilarigan Sekolah Wawasan yang telah diwujudkan mengikut negeri dan sejauh manakah Sekolah Wawasan ini telah berjaya mencapai objektif penubuhannya untuk mewujudkan sistem persekolahan berteraskan konsep perpaduan serta adakah Kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan lagi Sekolah Wawasan sebagai usaha untuk mewujudkan integrasi nasional dan melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Soalan 35. Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sejauh manakah perancangan Kementerian untuk melaksanakan pembangunan perumahan di tanah-tanah Kerajaan di Parlimen Pengerang dengan harga terkawal serta menetapkan kuota Bumiputera dimana langkah ini adalah penyelesaian kepada keperluan perumahan yang mendesak akibat kemasukan tenaga pekerja yang tinggi.