-
soalan-42&43.pdf
-
Soalan 42. Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah Kerajaan bersedia meminda perlembagaan dan undang-undang
berkaitan bagi memastikan keberkesanan memerangi gejala rasuah. Usaha Kerajaan dengan
penubuhan beberapa "entity" bagi memastikan agar "corruption - a
matter of the past" adalah disambut baik. Namun, garis nipis antara
'legally right but morally wrong' dan beberapa kelemahan lain
menghalang SPRM berfungsi sebagai badan yang lebih berkesan.
Soalan 43. YB. TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS
(ROMPIN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-
(a) kedudukan terkini perancangan pelebaran jalan utama dari
Muadzam - Keratong - Bahau dan Jalan Segamat Gambang - Kuantan; dan
(b) statistik kemalangan bagi 5 tahun (2008-2013) untuk
menguatkan hujah pelaksanaannya dengan kadar segera.
-
soalan-41.pdf
-
DATUK AARON AGO ANAK DAGANG [ KANOWIT ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa
beberapa jenis subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat di luar bandar
tidak sampai ke sasarannya, terutamanya subsidi pengangkutan di
bawah program pelarasan harga barang keperluan untuk kawasan
pedalaman di Sabah dan Sarawak. Apakah tindakan Kerajaan dalam hal
lnl.
-
soalan-39&40.pdf
-
Soalan 39. TUAN NG WEI AIK [ TANJONG ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan
tindakan-tindakan yang telah diambil terhadap skim cepat kaya yang
dipelopori oleh Zhang Jian yang mengisytiharkan dirinya sebagai Bakal
Orang Terkaya di Dunia. Bagaimana Zhang Jian dapat masuk keluar
negara kita tanpa dikesan serta ditangkap oleh pihak-pihak berkuasa
yang berkaitan.
Soalan 40. Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan mengapa Abu Bakar Jayari, Zainuddin Mislani dan Kassim
Ibrahim yang ditahan pada 22.7.2014 kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti
pemisahan Sabah dari Malaysia, telah dikeluarkan dengan perintah
tahanan pada 9 September 2014 di bawah Seksyen 19A daripada Akta
Pencegahan Jenayah untuk pemulihan.
-
soalan-38.pdf
-
YB. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA minta MENTER!
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan
mengapa pengecualian cukai untuk kereta hibrid yang dipasang di luar
Malaysia (CBU) telah diberhentikan. Apakah rancangan dan tindakan
kementerian untuk membawa masuk lebih ramai pembuat kereta hibrid
ke Malaysia yang akan menyediakan alternatif lebih murah bagi rakyat
Malaysia membeli kereta hibrid mesra bumi.
-
soalan-37.pdf
-
Y.B. TUAN JEFF OOI CHUAN AUN [ JELUTONG ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan tentang status kesiapsagaan pihak awam dan
pihak swasta bagi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
mulai 1 April 2015.
-
soalan-36.pdf
-
TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN MUSA [ KERETEH - BN]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan strategi dan pelan
pemulihan yang dirangka oleh Kementerian bagi memperbaiki prestasi
atlet yang bakal mewakili negara dalam kejuaraan antarabangsa agar
imej sukan Malaysia mampu bersinar semula.
-
soalan-35.pdf
-
Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia dalam menempatkan pegawai integriti di setiap kementerian
bagi memastikan perancangan program dan projek Kerajaan
mematuhi panduan pencegahan rasuah negara.
-
soalan-33.pdf
-
Y.B. TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan pelan penstrukturan
semula Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) melalui Khazanah Nasional
Berhad dan pampasan yang dibayar kepada kira-kira 6000 kakitangan
MAS yang diberhentikan.
-
soalan-34.pdf
-
Y.B. DATO' MOHO ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
a. adakah pihak kementerian akan 'renegotiate employment contract'
dengan 'top executives' MAS ; dan
b. adakah pihak Kementerian melalui MAS akan .. renegotiate contract
catering .. dengan syarikat yang berkenaan.
-
soalan-32.pdf
-
Dato' Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [Dungun] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah program perkabungan
negara dan bertafakur pada 22 Ogos 2014 bertepatan dengan fatwa
majlis fatwa Kebangsaan