-
soalan-28.pdf
-
Soalan 28. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah komitmen dan tindakan Kerajaan dalam kes
kematian Teoh Beng Hock sesudah Mahkamah Rayuan memutuskan
bahawa mendiang telah dibunuh semasa disiasat dalam pejabat SPRM.
-
soalan-27.pdf
-
Soalan 27. Dato Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) pencapaian Kementerian sehingga sekarang dalam usaha membantu
golongan miskin; dan
(b) jumlah penerima pelbagai bantuan kementerian mengikut Parlimen
sehingga kini.
-
Soalan 24
-
Soalan 24. Y.B. TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Khazanah Nasional Bhd akan mendapatkan dana sebanyak RM6 bilion untuk menstrukturkan semula Penerbangan Malaysia (MAS) dan adakah Khazanah akan mengeluarkan bon. jika ya, apakah kadar kupon dan kuantiti bon yang akan dikeluarkan.
-
soalan-23.pdf
-
Soalan 23. TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA
JOSEPH PAIRIN KITINGAN [ KENINGAU ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kenapakah siri
nombor kad pengenalan penduduk negeri Sabah diberi siri nombor
selain dari 12, seperti 49 dan 13, walhal mereka ini dilahirkan di
negeri Sabah.
-
soalan-22.pdf
-
Soalan 22. YB LAKSAMANA PERTAMA MOHAMAD
IMRAN BIN ABO HAMID (B) [LUMUT] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah
Kementerian bercadang menyediakan peruntukan kepada Pertubuhan Penyakit
LISOSOMAL Malaysia bagi menguruskan 23 orang pesakit diberi dalam
Bajet 2015 sebagai tanda Kerajaan tidak mengabaikan mereka dan
keluarga.
-
soalan-19.pdf
-
Soalan 19. YB. DATUK JOHARI ABDUL GHANI [TITIWANGSA]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
dalam laporan akhbar baru-baru ini, melaporkan sebanyak 4.27 bilion
liter air terawat hilang setiap hari akibat saluran paip pecah, usang dan
rosak. Malah dalam laporan 2013 pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air
Negara (SPAN) juga, menunjukkan peningkatan Non-Revenue Water
(NRW) dari 36.4o/o pada 2012 kepada 36.6o/o, berikutan faktor yang
sama. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan dalam
usaha untuk mengurangkan jumlah NRW.
-
soalan-21.pdf
-
Soalan 21. VB Datuk William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian sedar bahawa
klinik kesihatan di pekan Lubok Antu amatlah uzur dan perlu diganti dengan
klinik kesihatan baru seperti yang telah dijanjikan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri semasa lawatan Pilihan Raya Umum ke-13 ke
kawasan Parlimen Lubok Antu bagi memastikan Lubok Antu akan
mendapat klinik kesihatan jenis 3 dibina.
-
soalan-18.pdf
-
Soalan 18. YB Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan hasil dan keberkesanan pelepasan nyamuk jantan GE, Aedes
aegypti (OX513A) memandangkan jumlah kes denggi semakin meningkat.
-
soalan-17.pdf
-
Soalan 17. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan statistik pelajar lepasan sekolah
mendapat peluang pekerjaan dalam bidang sukan.
sukan yang tidak mendapat peluang pekerjaan dalam
bidang sukan.
-
soalan-16.pdf
-
Soalan 16. Tuan Sim Tong Him minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
menyatakan:
a) Peratusan keperluan harian hasil tangkapan
laut yang masih perlu diimport; dan
b) Anggaran kos perlu ditanggung dan apakah
usaha-usaha yang Kementerian untuk diambil
oleh mengurangkan tanggungan ini.