File PDF document soalan-10.pdf
Soalan 10. Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini pelaksanaan projek 1BestariNet, jumlah sekolah yang sudah dilengkapi dengan jalur Iebar berkelajuan tinggi serta jumlah pelajar yang aktif menggunakan sistem terse but.
File PDF document soalan-28&31.pdf
Soalan 28. TUAN MANIVANAN a/1 GOWINDASAMY [ KAPAR ~ KEADILAN ] Minta MENTER! BELlA DAN SUKAN menyatakan penilaian prestasi (post mortem) terhadap atlet-atlet negara dalam Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, memandangkan Malaysia gaga! untuk mencapai matlamat tujuh emas yang ditetapkan. Nyatakan juga bilangan peserta atlet dan rombongan delegasi serta jumlah perbelanjaan rombongan delegasi Malaysia sepanjang para atlet dan berlansungannya Sukan Komanwel. Soalan 31. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR - BN ] minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan :- (a) prestasi atlet-atlet kebangsaan yang mewakili negara pada Sukan Komanwel 2014; dan (b) apakah perancangan Kementerian bagi terus mempertingkatkan prestasi atlet-atlet negara pada masa hadapan.
File PDF document soalan-0-intro&7&8.pdf
Soalan 7. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap pelajar-pelajar yang tidak bersekolah terutama anak orang Asli di kawasan pedalaman dan apakah usaha yang dilakukan bagi memastikan pelajar yang dibuang sekolah tidak keciciran ilmu serta apakah kelayakan pelajar untuk memasuki sekolah teknikal atau kemahiran. Soalan 8. YB. TUAN WONG TIEN FATT@ WONG NYUKFOH [SANDAKAN] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah kadar SAIDI di Sabah pada 2008 - 2014 (terkini), berbanding dengan Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bilakah Kerajaan boleh mengurangkan SAIDI di Sabah selaras dengan Semenanjung Malaysia.
File PDF document soalan-49.pdf
Soalan 49. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan apakah kesannya kepada kes-kes yang sedang dibicarakan.
File PDF document soalan-48.pdf
File PDF document soalan-47.pdf
Soalan 47. Dato Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status terkini Program 6P yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian. Adakah ia berjalan dengan progresif dan berkesan bagi membanteras masalah PATI di negara ini.
File PDF document soalan-46.pdf
Soalan 46. Y.B. DATo• SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai sistem penapisan yang baik dan tepat untuk memilih pegawai yang berkedudukan tinggi, terutamanya dalam golongan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya mereka yang bakal dipilih itu dapat menguruskan syarikat-syarikat Kerajaan dengan baik dan berintegriti.
File PDF document soalan-45.pdf
Soalan 45. Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKIT AR menyatakan bahawa adakah Flood Mitigation Project Sibu akan diteruskan. · Jumlah Fasa untuk keseluruhan projek ini. Untuk Rancangan Malaysia ke-11, nyatakan berapa Fasa, peruntukan dan jenis kerja yang akan dilakukan dalam Flood Mitigation Project Sibu.
File PDF document soalan-44.pdf
Soalan 44. YB Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ) minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perkembangan terkini daripada projek-projek ECER (East Coast Economic Corridor) di negeri Kelantan. Berapa banyak RM (Ringgit Malaysia) yang telah dibelanjakan untuk menjayakan projek-projek ini dan adakah kerajaan bercadang untuk menambahkan peruntukan dan tumpuan yang lebih memandangkan kemerosotan dalam pelaksanaan program ini.
File PDF document soalan-42&43.pdf
Soalan 42. TAN SRI DATO' SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar bahawa kadar kemiskinan sebenar Malaysia sekiranya definisi kemiskinan disemak mengikut penanda aras OECD (The Organisation for Economic Co-Operation and Development) dan kesatuan Eropah iaitu pendapatan garis kemiskinan ditakrifkan sebagai 60°/o daripada pendapatan isi rumah bulanan median. Apakah langkah susulan diambil oleh Kerajaan mengenai perkara tersebut. Soalan 43. YB. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN (PENGKALAN CHEPA) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :- (a) adakah Kerajaan sedar bahawa Pantai Cahaya Bulan telah pun diiktiraf sebagai lokasi pelancongan pilihan rakyat tempatan dan luar negara; dan (b) bagaimanakah perkembangan rancangan menaik taraf dan melebarkan jalan raya dari Kota Bharu ke Pantai Cahaya Bulan.