-
soalan-32.pdf
-
Soalan 32. Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pendirian Kerajaan perkhidmatan teksi "Uber''.
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) apakah tindakan Kerajaan bagi menghentikan kenyataan
berbaur perkauman yang dilakukan oleh mana-mana pihak,
khususnya ISMA dan PERKASA. Nyatakan juga senarai
nama mereka yang didakwa sejak 2012 hingga terkini; dan
(b) garis masa bagi pemansuhan Akta Hasutan, berdasarkan janji
Perdana Menteri pada 16 September 2012.
-
soalan-29.pdf
-
Soalan 29. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat
bagi meningkatkan keupayaan sumber manusia dan kebolehpasaran
graduan.
-
soalan-30.pdf
-
Soalan 30. Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta
MENTERI LUAR NEGERI menyatakan usaha-usaha diplomatik yang
telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia
dalam memastikan Kerajaan Myanmar mengambil
tanggungjawab yang sewajarnya dalam menangani masalah
kezaliman atas kaum Rohingya di Myanmar.
-
soalan-28.pdf
-
Soalan 28. VB Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara ] minta
PERDANA M ENTERI menyatakan :-
(a) sebab konsesi Lebuh Raya KIDEX diluluskan walaupun ianya
hanya dapat mengurangkan kesesakan trafik sebanyak 4%
secara purata; dan
(b) sama ada pihak Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kuasa
untuk menolak projek Lebuh Raya Kl DEX.
-
soalan-26.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan
pendapatan kaum Bumiputera dari sumber modal (income from
capital} kerana majoriti kaum ini menerima pendapatan dari gaji yang
kecil sahaja.
-
soalan-21&22.pdf
-
Soalan 21. PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD
[PASIR GUDANG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan apakah program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
dalam memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dalam
bidang pekerjaan, sosial, ekonomi dan politik serta sejauh manakah
keberkesanan program-program ini.
Soalan 22. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada hukuman mati di bawah
Akta Dadah Berbahaya, 1952 telahpun berjaya untuk membanteras
aktiviti-aktiviti pengedaran dadah dan nyatakan sama
ada jumlah kes-kes pengedaran dadah telah pun meningkat sejak
hukuman mati mandatori diperkenalkan di bawah Akta tersebut
-
soalan-24.pdf
-
Soalan 24. DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN
[ KOTA BHARU- PAS] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan sejauh mana
pencapaian atlet-atlet Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2014
berbanding sasaran yang diletakkan.
-
soalan-23.pdf
-
Soalan 23. Y.B. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED [ PULAI ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan mengenai pelan pemulihan MAS yang
dikemukakan Khazanah serta jumlah yang sudah dibelanjakan Kerajaan
sejak mengambil alih MAS pada tahun 1995.
-
soalan-20.pdf
-
Soalan 20. Tuan Ahmad Marzuki bin Shaary minta MENTERI
PERTANIAN
DAN
INDUSTRI
menyatakan
apakah
tindakan
ASAS
yang
TANI
berkesan
Kementerian dalam mengatasi kecetekan muara
Sungai
Kemasin yang dulunya menjadi tempat
pendaratan
utama
ikan
di
kawasan
Bachok.
Berapakah kes kemalangan melibatkan bot nelayan
akibat kecetekan dan anggaran kerugian semenjak
tahun 2000 hingga kini.