File PDF document soalan-45.pdf
File PDF document soalan-44.pdf
Soalan 44. Tuan Lim Lip Eng Segambut minta PERDANA MENTERI menyatakan:- a) siapa dan tujuan beri derma sebanyak juta yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri dan ke mana dana itu telah diguna pakai; dan b) sumber sebenarnya bayaran juta yang dilaporkan hilang daripada 1MDB kepad International Petroleum Investment Co dan ke mana bayaran itu pergi disalurkan
File PDF document soalan-43.pdf
Soalan 43. Tuan Ramkarpal Singh all Karpal Singh Bukit Gelugor minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan punca berlakunya jerebu di Indonesia dan sama ada syarikat-syarikat yang dikatakan menyebabkannya sudah pun dikenal pasti. Sekiranya ya, nyatakan nama syarikat-syarikat tersebut.
File PDF document soalan-42.pdf
Soalan 42. Y.B. DR. KO CHUNG SEN KAMPAR minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil tahunan, perbelanjaan dan penyata untung dan rugi bagi 1MDB sejak 2009; dan jumlah aliran tunai tahunan untuk 1MDB sejak 2009, dan cukai yang dibayar setiap tahun oleh 1MDB sejak 2009.
File PDF document soalan-41.pdf
Soalan 41. YB Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa buah rumah yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan bagi mangsa banjir di Kelantan setakat 15 Oktober 2015. Sila nyatakan kawasan rumah baru dibuat dan perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk pembinaan rumah di Kelantan.
File PDF document soalan-40.pdf
Soalan 40. 'Datuk Joseph Salang anak Gandum Julau minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah persiapan di sekolah- sekolah untuk menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai salah satu mata pelajaran di mana calon-calon peperiksaan SPM wajib lulus dengan kredit.
File PDF document soalan-39.pdf
Soalan 39. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan punca wang derma USD700 juta dalam akaun peribadi bank beliau. Bagaimana wang derma ini digunakan dan siapa penerimanya serta adakah beliau membaya cukai, membuat deklarasi rasmi (dokumen apa) dan jumlah baki yang dipegang sekarang.
File PDF document soalan-38.pdf
Soalan 38. YB Datuk Dr. Haji Abd. Latiff Bin Haji Ahmad [Mersing] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha kerajaan dalam memperketatkan Iagi kawalan keselamatan laluan Perairan Selat Melaka untuk memastikan selat Melaka bebas daripada ancaman serangan lanun dan rompakan bersenjata bagi menjamin keselamatan penggunanya.
File PDF document soalan-37.pdf
Soalan 37. YB Tuan Manivanan a/l Gowindasamy Kapar minta MENTERI KESIHATAN menyatakanz- (a)apakah perkembangan dan status terkini pembinaan hospital di Parlimen Kapar setelah lokasi tanah telah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Apakah perkembangan secara terperinci yang telah berlaku dalam tempoh masa 1 Januari 2015 sehingga 15 Oktober 2015 dan bilakah Kerajaan Pusat berhasrat untuk memulakan pembinaan Hospital di Parlimen Kapar; dan mengenai proses (b)apakah perkembangan dan status terkini penambahbaikan Klinik Kesihatan mengantikan Klinik Kesihatan Lama di bawah RP3, Apakah perkembangan secara terperinci yang telah berlaku dalam tempoh masa 1 Januari 2015 sehingga 15 Oktober 2015.
File PDF document soalan-36.pdf
Soalan 36. B Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [Sipitang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan nisbah doktor pakar dengan jumlah penduduk di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak dan apakah perancangan untuk mengimbangi jurang tersebut untuk menyediakan kemudahan kesihatan terbaik kepada semua lapisan rakyat.