Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
18 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-37,38&39.pdf
Soalan 37. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT 1 minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pelaburan skim cepat kaya YSLM haram, status siasatan syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang mempunyai hubung kait dengan YSLM. Mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan. Soalan 38. Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani pembiayaan perumahan yang ketat, kadar faedah yang tinggi, kuantiti pembinaan rendah, kenaikan harga rumah yang melampau dan kemampuan untuk rakyat memiliki semakin terhad serta masih berlaku secara meluas di negara ini. Soalan 39. VB DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memberikan penerangan tentang sejauh mana penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan (Akta 737) setakat ini. Apakah ianya mempunyai kesan positif kepada industri perubatan di Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-29 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-41&42.pdf
Soalan 41. YB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk Skim Rent - to - Own (RTO) bagi projek PR1MA dan berapakah jumlah sasaran permohonan. Soalan 42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah Pekerja Asing Tanpa lzin (PATI) yang memenuhi pasaran pekerjaan dalam perladangan, perindustrian dan binaan; dan (b) adakah Kementerian berhasrat memberi permit kerja sementara melalui majikan mereka supaya mudah mengesan mereka dan menjana pendapatan negara.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-13 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-42.pdf
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah pampasan dan sewa perumahan PPR bagi penduduk Kg. Railway. Bilakah penduduk ini akan mendapat surat tawaran untuk membeli perumahan kos rendah yang akan dibina oleh Sentul Raya Sdn. Bhd. pada harga RM42,000.00.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-28 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-47.pdf
Y.B. DATO HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM [ BALING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemansuhan skim pinjaman perumahan kakitangan kerajaan dan kesan kepada penjawat awam di Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-49.pdf
Y .B. DATO SERI REEZAL ME RICAN BIN NAINA ME RICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai status semasa kerangka perundangan penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti (crowdfunding atau ECF) yang boleh membantu usahawan kecil dan sederhana. TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY [ KAPAR] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan terkini untuk 471 projek yang diluluskan oleh Kementerian tahun ini dengan peruntukan sejumlah RM4.11 billion setakat ini, dengan menyatakan butiran projek, dana yang diluluskan, tarikh mula dan tamat projek tersebut, serta nama kontraktor yang berjaya memperoleh projek tersebut bagi setiap 471 projek secara terperinci.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-50&51.pdf
Soalan 50. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci sebab mengapa cadangan untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di Pulau Pinang ditolak serta tarikh mula pembinaan sekolah baru bagi SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang. Soalan 51. Y.B. USTAZ DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-53&54.pdf
Soalan 53. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah kewujudan gelandangan dikatakan mengganggu persekitaran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya utama negara dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh Kerajaan pada tahun 2013 terhadap golongan peminta sedekah yang dikhuatiri berpendapatan lumayan hampir setiap bulan dan apakah tindakan terhadap mereka yang telah ditangkap. Soalan 54. Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan apakah status dan perkembangan pembinaan pangsapuri kos rendah di Taman Pelangi Parlimen Batu yang telah lebih sepuluh (1 0) tahun melebihi jangka masa pembinaan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-16 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-57.pdf
VB. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah terdapat perancangan dari pihak Kementerian untuk menggunakan rumah dari bahan binaan IBS yang mengambil masa tiga ke tujuh hari untuk disiapkan sebagai rumah bantuan /gantian jika terjadi kebakaran atau kemusnahan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar agar mereka tidak perlu menunggu lama untuk bantuan rumah gantian dan ia dapat didirikan semula di tapak asal rumah.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies